Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Dalam perjalanan dari San Francisco ke Reno yang mengambil masa pemanduan hampir 4jam,kami singgah sebentar di
Sacramento iaitu ibu negeri bagi California.
Ya,
Sacramento ialah ibu negeri California.Bukan Los Angeles ataupun San Francisco.
|
Gambar atas : Sebelum memasuki bandaraya,kami menempuhi Lapangan Terbang Antarabangsa Sacramento dahulu
Gambar tengah : Sebaik sahaja memasuki bandaraya
Gambar bawah : Bangunan tinggi itu menarik perhatian saya kerana mirip dengan BHP Billiton Tower di Perth, Australia |
|
Bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri California (California State Capitol) |
|
Bangunan ini dibuka pada tahun 1874 |
Berhenti seketika di kedai Starbucks yang berhampiran dengan Sacramento Convention Center dengan tujuan untuk membeli mug yang bertulis Sacramento.Malang sekali keempat-empat kedai yang kami pergi mug itu kehabisan stok.
|
Sacramento Convention Center |
|
Bandaraya Sacramento |
|
Bandaraya Sacramento |
Sacramento tidak menarik di mata saya dan bukanlah sebuah bandar besar seperti Los Angeles dan San Francisco,tetapi sekurang-kurangnya saya telah sampai ke ibu negeri California ini.
Sacramento CBD, teringat plak macam Perth City :)
ReplyDeleteKannnnn :)
ReplyDelete