Wednesday, 22 August 2012

Perjalanan Ke AREA 51

Assalamualaikum .w.h.t dan Salam Sejahtera

Apa itu AREA 51?

Saya akan menceritakan dengan lebih lanjut mengenai AREA 51 di keluaran akan datang.
Berikut saya kongsikan bersama gambar-gambar menarik di sepanjang perjalanan dari Reno,Nevada ke sebuah perkampungan kecil yang bernama Rachel yang terletak begitu hampir dengan AREA 51.
Perjalanan dari Reno - Rachel mengambil masa lebih kurang 6 jam.


Anda dapat lihat melalui peta di atas di mana pemanduan kami bermula dari Reno (sebelah atas kiri) menuju ke Area 51 (yang terletak berhampiran Desert National Wildlife Refuge).Tidak ada penempatan besar (kecuali pekan kecil ibarat pekan mati) di antara Reno dan Las VegasUntuk lebih memahami perjalanan kami,anda diminta melihat gambar-gambar di bawah mengikut turutan nombor.

Gambar 8 : Bertembung dengan kereta dari tentera Amerika
Pemandangan yang begitu indah di Tasik Walker / Walker Lake.Tasik ini juga digunakan sepenuhnya oleh angkatan tentera Amerika Syarikat untuk melakukan pelbagai ujikaji
Jauh dari penempatan manusia,dicelah gunung ganang di tepian tasik,kami berpeluang melihat dengan lebih dekat tempat dimana tentera Amerika menyimpan bahan letupan dan senjata api

Terdapat sebuah muzium perang di pekan kecil Hawthorne yang mempamerkan peluru berpandu lama
Gambar 29 : Sungguh lucu melihat Pusat Konvensyen di pekan kecil Hawthorne yang saiznya sekangkang kera sahaja

Gambar 30 : Pemanduan memerlukan kami membelok ke sebelah kiri menuju ke Tonopah
Lagi gambar yang dapat saya rakamkan dengan lebih dekat tempat tentera Amerika menyimpan bahan letupan dan senjata api
Untuk mengaburi mata orang ramai,beberapa bangunan rahsia milik tentera Amerika Syarikat ini direka sama warna dan bentuk dengan bukit dan padang rumput semulajadi di situ

Gambar 47 : Hard Rock Market (bukan Hard Rock Cafe) yang terletak di sebuah pekan kecil Mina
Tonopah ialah sebuah pekan kecil terakhir yang kami tempuh sebelum sampai ke Rachel yang memakan masa lagi 2jam untuk tiba di sana
Begini lah ragam pengembara.Apabila bateri kamera kehabisan dan kad memori sudah penuh,saya terpaksa melakukan kerja-kerja memindah  (transfer) di dalam kereta
Pemanduan kami diuji dengan ribut pasir dan hujan lebat bersama guruh,kilat sambung menyambung
59 batu lagi untuk sampai ke Rachel

Nantikan sambungannya di keluaran akan datang.

1 comment:

  1. AREA 51. It's a longgggg drive. Another reason tak ramai tourists hence the uniqueness of this place. Very educational & informative. Visit it at least once in your lifetime :)

    ReplyDelete