Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
1Ramadan di Amerika Syarikat jatuh pada tarikh 20hb Julai bersamaan hari Jumaat.
Awal Ramadan disambut di Las Vegas bersama keluarga angkat kami.Berpuasa pada musim panas di Amerika Syarikat berbeza dengan di Australia atau di Malaysia.Musim panas yang siangnya panjang membuatkan umat Islam di sini harus berpuasa selama 16-19jam lamanya.
Umat Islam di Australia pula bertuah kerana berpuasa hanya 12jam sahaja kerana musim sejuk siangnya pendek.
Selain daripada itu,saya merasakan tidak banyak perubahan dalam berpuasa.Pengalaman berpuasa di awan biru (semasa saya bekerja sebagai pramugari) telah mengajar saya dalam bentuk kekuatan mental dan fizikal.
|
Suami menunaikan solat Jumaat pada 1Ramadan di Masjid Al Noor, Las Vegas |
|
Para jemaah di masjid Al Noor |
|
|
Umat Islam di Las Vegas terdiri dari pelbagai latar belakang dan kaum |
Sebelum masuk bulan Ramadan lagi,saya sudah berniat untuk menziarahi kubur suami kepada Mami,ibu angkat saya.
Saya tidak pernah mengenali dan berjumpa dengan arwah Baba Taib,tetapi hanya satu sebab sahaja mengapa saya begitu berkeinginan untuk menziarahi pusara arwah,....saya rindu akan arwah bapa saya.Sudah tiga tahun berhijrah ke Australia dan selama itulah saya tidak pulang ke Malaysia menziarahi pusara arwah bapa saya.
|
Al Fatihah untuk arwah Baba Taib |
|
Bersama Arjuna,cucu sulung arwah Baba Taib |
|
Pertama kali Arjuna menzirahi pusara datuknya,tangan Arjuna seolah-olah sedang menadah tangan berdoa |
Selepas pulang dari pusara,kami telah pergi ke
Chinatown untuk membeli sedikit barangan dapur.
|
Di sebuah pasaraya yang menjual pelbagai produk dari negara Asia |
|
Bersama Arjuna yang pertama kali keluar membeli belah |
|
Selesai membeli barangan dapur |
|
Berbuka puasa di rumah Mami Bee pada hari ke tiga Ramadan |
|
Berbuka puasa di rumah Mami Bee pada hari ke empat Ramadan.Hidangan lauk pauk tradisional seperti bergedil,sambal belacan,ikan masin,serunding dan sambal belacan begitu menyelerakan |
|
Berbuka puasa di rumah Mami Bee pada hari ke tiga Ramadan |
Begitulah sedikit cerita dan pengalaman berpuasa di Amerika.Terima kasih kepada Mami Bee sekeluarga kerana menerima kami sabagai tetamu dan menjadikan kami sebahagian daripada keluarga.Semoga Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian semua.Amin...
No comments:
Post a Comment