Tuesday, 7 August 2012

Sempadan Calexico (USA) & Mexicali (MEXICO)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Dari San Diego, kami meneruskan perjalanan ke sempadan Amerika Syarikat dengan negara Mexico iaitu Calexico dan Mexicali.

Peta sempadan sumber dari Google.
Pemandangan semasa separuh perjalanan.
Oleh kerana kami menghala ke sempadan dua buah negara, maka kami kerap bertembung dengan kereta penguatkuasa rondaan sempadan (Border Patrol).

Border Patrol yang sedang menjalankan tugas rondaan.
Ibarat seperti berada di gurun, tidak ada penempatan di sini.
Sempadan antara kedua buah negara ini begitu sensitif dan amat bahaya sekali. Umum sedia maklum, rakyat di negara Mexico rata-rata hidup dalam keadaan daif. Oleh kerana itulah setiap hari tidak kira siang atau malam,mereka akan cuba sedaya upaya untuk menyeludup masuk ke Amerika Syarikat secara haram dengan meredah gunung-ganang, hutan dan padang pasir untuk memulakan kehidupan baru. Malang sekali, hampir majoriti daripada mereka gagal melaksanakan misi tersebut. Kebiasaannya, separuh jalan mereka sudah meninggal dunia akibat dari ketiadaan air, cuaca sejuk atau panas yang melampau, telah dimakan oleh haiwan buas ataupun mereka telah ditembak mati oleh penguatkuasa rondaan sempadan.Ya, tembak sampai mati adalah perkara biasa di sini.

Bendera ini memberi makna bahawa terdapat air (untuk diminum) di dalam tong biru itu. Dengan cara ini,mudah untuk pihak penguatkuasa untuk menangkap pendatang haram.

Memasuki pekan kecil Calexico dan menuju ke sempadan negara.
Calexico, pekan kecil di Amerika Syarikat yang bersempadan dengan Mexico.
Walaupun Calexico milik Amerika Syarikat, tetapi apabila sudah tiba di sini dan melihat penduduk tempatan (majoriti berasal dari Amerika Selatan), struktur bangunan dan papan tanda serta bahasa yang digunakan, kami merasakan kami tidak lagi berada di dalam Amerika. Di sekeliling kami jelas seperti sudah berada di dalam negara Mexico.

Pekan Calexico.
Kenderaan yang bakal memasuki negara Mexico.
Papan arahan memberitahu masih ada satu jalan untuk pulang ke Amerika sekiranya tidak mahu terlajak masuk ke negara Mexico.
Arahan - Senjata api dilarang dibawa masuk ke dalam negara Mexico.
Arahan kastam dan imigresen dalam dua bahasa.
Pusingan 'U' terakhir untuk pulang ke Amerika Syarikat.
Kastam dan Imigresen negara Mexico.
Tembok yang berwarna itu ialah tembok pemisah antara dua buah negara. Kelihatan juga kereta peronda sempadan di situ.
Lapangan Terbang Antarabangsa Calexico yang mirip seperti tandas awam.
Di sempadan Amerika Syarikat dan negara Mexico.
Sampai di sini dahulu cerita mengenai sempadan dua buah negara iaitu Calexico, California (Amerika Syarikat) dengan Mexicali, Mexico.
Nantikan pula Terjemahan Hati pada masa akan datang di mana saya akan berkongsi pengalaman kali kedua ketika berada di sebuah lagi sempadan negara Amerika Syarikat dan negara Mexico.

No comments:

Post a Comment