Wednesday 15 August 2012

Reno, NEVADA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Negeri Nevada sangat unik.Seluas-luas negeri tetapi hanya tiga buah bandar sahaja yang mempunyai populasi penduduk yang banyak iaitu Las Vegas, Reno dan ibu negerinya Carson City. Selain daripada itu hanyalah kampung-kampung kecil sahaja.

Peta negeri Nevada
Apabila dilihat dari peta di atas,jarak antara Reno dengan Las Vegas sangat jauh. Jadi mengapa kami mahu datang ke Reno?
Sebenarnya tujuan kami ialah mahu ke kawasan Area 51 (untuk cerita lanjut nantikan di keluaran Terjemahan Hati akan datang) yang terletak ditengah-tengah di antara Reno dan Las Vegas.
Jika tidak kerana kami mahu pergi ke Area 51, pasti kami tidak datang ke Reno.

Sekitar Reno
Sungai Truckee yang menyatukan dua buah negeri iaitu Nevada dan California.Sungai yang bersih ini panjangnya 120 batu (190km).
Gambar paling atas  : Mahkamah

Gambar tengah dan bawah : Auditorium
Reno di ibaratkan seperti mini Las Vegas kerana terdapat banyak hotel kasino
Terdapat banyak hotel dan kasino
Oleh kerana Reno kami jadikan tempat persinggahan sebelum ke Area 51, maka kami mencari maklumat tambahan di laman sesawang mengenai tempat yang boleh dilawati selain tempat hiburan di sini. Rupa-rupanya barulah kami tahu yang Reno digelar Bandar Kecil Terbesar Dunia.

Tempat wajib pelancong ialah bergambar di hadapan pintu gerbang ini
Gambar atas kiri : Di hadapan pintu gerbang yang popular di kalangan pelancong

Gambar atas kanan : Baju t yang mencuit hati

Gambar bawah kiri : Patung ini ialah Major General Jesse Lee Reno

Gambar bawah kanan : Replika cip permainan poker turut menjadi hiasan di dalam bandar
Dinding Memanjat Tertinggi Di Dunia ( World's Tallest Climbing Wall)
Gambar paling atas : Di hadapan pintu gerbang

Gambar tengah : Replika cip permainan poker

Gambar bawah : Hiasan unik di hadapan stesen bas
Satu lagi pintu gerbang yang di dalam bandar Reno

Terima kasih kerana masih setia bersama Terjemahan Hati :-)


No comments:

Post a Comment