Saturday 11 August 2012

Seattle, WASHINGTON

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Seattle ialah sebuah bandar besar yang terletak di negeri Washington. Saya mengenali Seattle melalui filem terkenal iaitu Sleepless in Seattle yang dibintangi oleh pelakon Tom Hanks dan Meg Ryan. Selain daripada itu, semasa saya mengikuti kursus penerbangan di Malaysia Airlines Academy, kami sebagai anak kapal diajar serba sedikit mengenai sejarah kapal terbang. Kilang pengeluar kapal terbang utama dunia iaitu Boeing juga berpengkalan Seattle.

Minggu lalu suami telah membawa saya datang ke sini untuk bercuti dan dalam waktu yang sama beliau mengimbau kenangan silam ketika menetap di sini lebih kurang tiga belas tahun yang lalu. Selain menimba ilmu dalam bidang penerbangan di beberapa buah sekolah penerbangan, kolej dan universiti di Australia, beliau juga turut berada di Amerika Syarikat selama hampir satu tahun untuk menjalani latihan bagi rating Boeing 737 dan Boeing 767. Sepanjang menetap di Amerika Syarikat, beliau berpengkalan di Fort Lauderdale di Florida dan Seattle di Washington.

Seattle Washington
Menjejaki dua buah rumah sewa yang pernah diduduki suami dan kafe Ground Control, tempat di mana beliau sering datang untuk membeli makanan dan minuman ringan.
Taman rekreasi yang terletak tidak jauh dari rumah sewa. Kasut but gergasi ini mengingatkan saya semasa lawatan ke Chayenne kerana di ibu negeri Wyoming itu juga terdapat replika kasut  seperti ini. Lihat si penjual ais krim berbasikal ini, sungguh segak dan bergaya sekali.

Singgah sebentar di Boeing Field - King County International Airport (bagi terminal penumpang) dan saya bergambar bersebelahan penghujung sayap kapal terbang (winglet). The Aviator's Store sering dikunjungi suami ketika beliau mahu membeli buku rujukan.
Tong sampah yang menarik perhatian. FOD bermaksud Foreign Object Debris. Bahasa yang biasa digunakan di dalam dunia penerbangan.

PIKE PLACE MARKET
Jika di Melbourne Australia pelancong berpusu-pusu berkunjung ke Queen Victoria Market, begitu jugalah dengan Pike Place Market di Seattle. Pike Place Market disenaraikan sebagai salah satu tempat yang wajib dikunjungi oleh pelancong apabila datang ke sini. Terdapat pelbagai jenis jualan seperti cenderahati, barangan kraftangan, buah-buahan, sayur-sayuran, bunga-bungaan dan banyak lagi.

www.pikeplacemarket.org

Pike Place Market
Papan tanda yang besar dan penunjuk jalan pastinya tidak akan membuatkan pelancong tersesat.

PEMANDANGAN SEKITAR SEATTLE

Pemandangan sekitar bandar Seattle.
Gambar atas kiri : Lorong-lorong kecil yang terdapat kedai, kafe dan restoran sekali lagi mengingatkan saya akan Melbourne di Australia.

Gambar atas kanan : Chihuly Garden and Glass, taman bunga dan muzium kaca yang terletak bersebelahan menara Space Needle. Bunga merah itu dipercayai diperbuat daripada kaca.

Gambar bawah : Kami berpeluang melihat acara rasmi menyambut kepulangan tentera laut yang baru pulang bertugas.

HARD ROCK CAFE SEATTLE

Kurang 5 minit masa berjalan kaki yang diambil untuk sampai ke Hard Rock Cafe Seattle dari Pike Place Market

SPACE NEEDLE
Space Needle
ialah menara yang terletak di tengah bandar Seattle dengan ketinggian 605 kaki (184meter). Menara ini siap dibina pada 8hb Disember 1961 tetapi dirasmikan beberapa bulan kemudian iaitu pada 21hb April 1962. Selain anjung tinjau, di atasnya terdapat kafe dan restoran berputar 360 darjah. Pengunjung juga boleh membeli cenderahati di aras bawah menara, bersebelahan dengan kaunter membeli tiket.


www.spaceneedle.com


Space Needle dilihat dari arah jauh
Bergambar di luar Space Needle.

Gambar paling atas : Di hadapan pintu masuk dan kaunter membeli tiket.

Gambar tengah : Pemandangan bandar Seattle dari anjung tinjau manakala jari saya sedang menunjukkan Gunung Rainier yang bersalji sepanjang tahun.

Gambar paling bawah : Pemandangan bandar Seattle dan berlatar belakangkan Gunung Rainier.

Gambar paling atas : Pengunjung boleh melihat pemandangan Seattle dari dalam skrin serta boleh mengawal kedudukannya seperti contoh, gambar boleh ke kiri, ke kanan, dibesar atau dikecilkan (zoom in/ zoom out)

Gambar tengah : Teleskop turut disediakan untuk pengunjung Space Needle

Gambar paling bawah : Teleskop berjenama Swarovski
Berada di anjung tinjau Space Needle.


NAMFON THAI CUISINE

Sepanjang berada di Seattle, kami menjadi pelanggan tetap membeli juadah berbuka puasa di restoran Thai yang bernama Namfon Thai Cuisine.

9586 First Avenue N.E
Seattle WA 98115


Thai Namfon Cuisine menyajikan masakan dari Thailand
Gambar atas : Harga yang sangat murah jauh.

Gambar bawah : Notis pertukaran waktu perniagaan sempena bulan Ramadan.
Hidangan untuk empat orang makan ini, hanya dijamah oleh kami suami isteri. Sedap dan murah!

Teruskan bersama Terjemahan Hati dan saya masih akan menceritakan pengalaman bercuti di Seattle.

No comments:

Post a Comment