Dari Portland, kami meneruskan perjalanan ke ibu negeri Oregon iaitu Salem. Jarak antara Portland dan Salem hanya 47 batu, lebih kurang 1jam8 minit pemanduan.
SALEM, OREGON
Jika tiba di mana-mana ibu negeri pasti kami akan berhenti di hadapan bangunan pentadbiran kerajaan negeri untuk mengambil gambar.
Oregon State Capitol
900 Court Street Northeast,
Salem, OR 97301
Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Oregon |
Perpustakaan Negeri juga terletak berhampiran dengannya |
Pelbagai sudut yang dapat dirakamkan di luar bangunan. Fokus utama ialah patung di atas puncak bangunan. |
Di hadapan pintu masuk diletakkan ucapan selamat datang dan jika berjalan beberapa langkah pengunjung boleh melihat dewan persidangan terletak di sebelah kiri dan kanan bangunan |
Gambar atas : Di ruang legar utama (lobby) Gambar bawah : Bumbung / Kubah |
Lukisan di empat sudut ini membawa cerita dan sejarah tersendiri |
Semasa di sana, kami disapa oleh seorang pekerja yang menawarkan lawatan di dalam dan sekitar bangunan pentadbiran kerajaan ini. Oleh kerana kesuntukan masa,kami tidak dapat menyertai keseluruhan lawatan, tetapi hanya mengikuti lawatan naik ke puncak bangunan dan dapat melihat dengan lebih dekat lagi patung yang berada di atasnya.
Dari tingkat bawah kami menaiki lif sehingga ke tingkat empat, kemudian kami menyambung dengan menaiki 121 anak tangga pula untuk sampai ke anjung tinjau |
Patung yang diperbuat daripada emas ini diberi nama Oregon Pioneer |
Gambar kenangan semasa kami berjaya sampai ke puncak dan dapat melihat pemandangan ibu negeri Oregon melalui anjung tinjau ini |
Gambar atas : Pengunjung diberi taklimat mengenai sejarah bangunan Gambar bawah : Terdapat sebuah padang di sebelah bangunan ini dan dicacakkan kesemua bendera negeri di dalam Amerika Syarikat |
Perjalanan turun |
Tiba di tingkat bawah/ruang legar utama, kami telah menerima sijil penghargaan di atas kejayaan kami berjaya sampai ke puncak |
CORVALLIS, OREGON
Melalui sebuah pekan kecil yang bernama Albany, kami akhirnya tiba di sebuah lagi pekan kecil yang bernama Corvallis.
Corvallis ialah tempat di mana kakak angkat kami (Kak Lin) menetap bersama keluarganya sekitar 12 tahun yang lalu. Bukan Kak Lin yang menyuruh kami datang ke sini, sebaliknya usaha kami sendiri sementelah perjalanan dari Seattle untuk ke Reno memang menggunakan haluan yang sama.
Peluang yang ada kami gunakan sebaik mungkin dengan mengambil seberapa banyak gambar yang boleh. Saya dan Kak Lin mempunyai persamaan iaitu kerap berpindah randah ke beberapa negeri dan negara kerana mengikuti suami yang bekerja. Oleh itu saya sangat faham akan perasaan Kak Lin yang merindui akan tempat-tempat dimana beliau pernah bermaustatin dahulu.
Corvallis, Oregon |
Alhamdulilah suami dapat menunaikan solat Jumaat di Salman Al- Farisi Islamic Center. Terima kasih kepada Kak Lin dan Abang Sanif kerana memberikan maklumat mengenai masjid ini. |
Akhirnya kami berjaya menjejaki rumah lama Kak Lin dan keluarga.Semoga dengan gambar-gambar ini,terubat kerinduan kalian semua :-) |
CORVALLIS - EUGENE - RENO
Selepas Corvallis,kami berehat sebentar di bandar Eugene sebelum menyambung perjalanan yang panjang ke Reno, Nevada yang bakal mengambil masa selama 8 jam pemanduan.
Selepas keluar dari negeri Oregon, kami memasuki negeri California seterusnya memasuki negeri Nevada |
Seattle, Washington - Portland,Oregon - Salem,Oregon - Eugene,Oregon - Reno, Nevada
= 21jam
Waktu rehat dan tidur sangat minima sekali. Pada jam 10.00 pagi, selepas daftar keluar hotel kami meneruskan perjalanan.
No comments:
Post a Comment