Dari Los Angeles kami meneruskan perjalanan seterusnya dan singgah sebentar di sebuah bandaraya di selatan negeri California iaitu San Diego. Pemanduan mengambil masa selama 2jam.
San Diego ialah bandar yang ke-8 terbesar di Amerika dan kedua terbesar di negeri California. Ia terletak di tepi lautan Pasifik dan bersempadan dengan negara Mexico. Populasi penduduk yang dikira sehingga tahun 2010 ialah seramai 1,301,617 orang.
Peta ini diambil dari Google |
Setelah beberapa bulan tidak melihat laut, akhirnya pada hari tersebut saya gembira dapat melihat laut yang membiru dan menghirup udara segar lautan Pasifik ini |
18 batu lagi untuk sampai ke San Diego |
Lapangan Terbang Antarabangsa San Diego |
Bangunan pencakar langit di bandar San Diego |
Sudah memasuki bandaraya |
Bergambar di hadapan kapal dari Tentera Laut Amerika (United State Navy) yang dikhaskan untuk mengangkut kapal terbang perang Amerika Syarikat yang sudah dijadikan muzium |
USS Midway Museum |
Gambar-gambar bekas tentera |
USS Midway Museum dari arah hadapan |
Kapal terbang dan jet pejuang penuh di atas kapal/muzium ini |
Tugu peringatan |
Hard Rock Cafe San Diego |
Bahagian luar Hard Rock Cafe San Diego |
Berada di tingkat paling atas sebuah pusat membeli belah dan dapat bergambar berlatar belakangkan bangunan bandar San Diego |
Apa yang dapat saya lihat, bandar San Diego sesuai dijadikan tempat untuk bercuti dan dapat menenangkan fikiran tidak seperti di Los Angeles yang sangat sibuk dan boleh membuatkan kita mengalami tekanan terutamanya apabila memandu di sana.
No comments:
Post a Comment