Saturday, 11 August 2012

Kedai Kopi STARBUCKS Pertama Dunia Di Seattle

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Salah satu sebab utama yang membuatkan kami datang ke Seattle ialah ingin melawat dan menjejakkan kaki di kedai kopi terkenal Starbucks yang pertama di dunia!
Kedai ini dibuka pada tahun 1971 berhadapan dengan Pike Place Market dan beralamat di;


1912 Pike Place
Seattle

Washington

Kedainya sangat kecil dan sudah menjadi kebiasaan para pelanggan perlu berbaris panjang sehingga keluar dari kedai semata-mata untuk masuk ke dalam.

Berhadapan kedai kopi Starbucks yang pertama di dunia
Gambar atas : Bergambar di hadapan kedai Starbucks

Gambar bawah : Kami perlu beratur panjang untuk masuk ke dalam kedai
Gambar atas : Kotak menyimpan barang

Gambar tengah : Plak emas (First Starbucks Store) menjadi tarikan pelanggan untuk bergambar di sampingnya

Gambar bawah : Persekitaran di dalam kedai. Terdapat dua bahagian kaunter. Di sebelah kiri khas untuk pelanggan yang mahu membeli minuman, manakala di sebelah kanan khas untuk mereka yang mahu membuat pembayaran pembelian cenderamata seperti mug dan bekas air.
Gambar atas : Kedai kopi Starbucks pertama di dunia ini tidak lekang dengan pengunjung

Gambar bawah : Di tepi kaunter diletakkan risalah bergambar bagi tujuan rujukan kepada mereka yang ingin membeli cenderamata
Gambar atas : Di belakang suami saya diletakkan cenderamata yang dijual untuk pelanggan

Gambar bawah : Selesai membeli cenderamata
Jujur saya katakan, semasa menetap di Malaysia dan Australia, saya dan suami jarang membeli minuman di Starbucks kerana kami bukanlah penggemar setia kopi malah harganya juga agak mahal. Apabila berada di Amerika Syarikat, sementelah kami banyak melakukan road trip dan memerluakan kopi sebagai minuman pengelak mengantuk serta faktor harga yang sangat murah, kami adalah antara pelanggan tetap Starbucks ibarat seperti berkunjung ke kedai mamak sahaja. :-)

2 comments:

  1. hee.. cek dah kembali ke dunia blog.! banyak nie cek nak kene catch up balik.. :D


    starbucks! cek belum pernah menjejakkan kemana2 starbucks lagi.. betul sini mahal.. banya kali berfikir.. heee... tnggu cek bergaji nanti.. hehehe.. :D

    ReplyDelete
  2. Rabiatul Roslan : Yesssss,Cek kena 'kejar" keretapi yg dah almost setahun tertinggal :) Kat Msia harga Starbuck mmg mahal gile.Untuk satu air,kalau tambah duit skit Cek dah boleh bayar tambang balik Ipoh :)

    ReplyDelete