Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Saya mengenali
Beverly Hills sejak dari bangku sekolah lagi akibat dari populariti drama bersiri dari Amerika Syarikat iaitu
Beverly Hills 90210.
Beverly Hills terletak bersebelahan dengan Barat Hollywood dan mengambil masa pemanduan selama 20minit (apabila trafik berjalan lancar) untuk sampai ke sini dari bandaraya Los Angeles.
Beverly Hills ialah sebuah daerah yang merangkumi kawasan perumahan mewah yang rata-rata penduduknya ialah selebriti dan bintang-bintang Hollywood serta mempunyai sebuah kawasan membeli belah yang 99% berjenama mewah yang bernama
Rodeo Drive.
|
Bagaikan tidak percaya apabila sudah sampai di sini |
|
Papan tanda ini cukup terkenal di mata dunia |
|
Berjalan-jalan di Rodeo Drive |
|
Persimpangan memasuki Rodeo Drive |
|
Rodeo Drive yang sangat terkenal |
|
Bergambar di hadapan papan tanda ini cukup untuk membuktikan yang pengunjung sudah menjejakkan kaki di Rodeo Drive |
|
Rodeo Drive yang begitu bersih sekali jauh panggang dari api jika hendak dibandingkan dengan Hollywood dan bandaraya Los Angeles |
|
Sebuah arca diletakkan di bahu jalan |
|
Walk Of Style seakan-akan Walk Of Fame |
|
Bas yang berbentuk trem lama/antik |
|
Sebuah kereta mewah yang terdapat di Rodeo Drive |
Seperkara yang menarik perhatian kami ialah sebuah butik yang terletak di
Rodeo Drive iaitu
Bijan.
Butik yang memfokuskan rekaan untuk kaum lelaki ini sangat mewah sekali. Malah banyak pihak mengiktiraf
Bijan sebagai butik paling mewah di dunia. Pelanggan untuk butik
Bijan bukan calang-calang. Mereka terdiri dari kalangan
VVIP serata dunia contohnya
:
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama
Bekas Presiden Amerika Syarikat,George W Bush
Presiden Rusia,Vladimir Putin
Bekas Perdana Menteri Britain,Tony Blair
Pelakon Sir Anthony Hopkins, Tom Cruise
Pereka Fesyen Tom Ford,Oscar de la Renta,Giorgio Armani
Kerabat Di Raja Serata Dunia seperti dari Arab dan Brunei
dan ramai lagi.
Lebih ekslusif lagi,
Bijan hanya menerima pelanggan yang sudah membuat temu janji sahaja.
Antara barangan mewah yang dijual di Bijan ialah kot berharga sekitar $15,000, sut yang mencecah $25,000, cadar katil bulu chinchilla (haiwan seakan hamster)$120,000, dan kolon (pewangi) $1,500, jaket kulit singa $30,000, dan tali leher beserta kotak sutera $1,200.
Dari sumber lain yang saya perolehi, setiap pelanggan yang datang pasti akan membeli-belah dengan kos $500,000 dan ke atas hanya dalam satu hari. Antara dari mereka ialah Putera dari Arab Saudi.
|
Bijan - Designer For Men tersergam indah di Rodeo Drive sejak tahun 1976 "the most expensive store in the world" |
|
Di pintu masuk Bijan,saya menunjukkan notis - "By Appointment".Bermaksud hanya pelanggan yang sudah membuat temujanji sahaja dibenarkan masuk
|
Sedikit maklumat yang ingin saya kongsikan bersama pembaca ialah pemilik butik mewah
Bijan ini ialah seorang anak kelahiran Tehran,vIran yang bernama
Bijan Pakzad. Beliau dilahirkan pada tahun 1940 dan berhijrah ke Los Angeles, Amerika Syarikat pada tahun 1973
. Tiga tahun kemudian barulah butik ekslusifnya dibina di Rodeo Drive.
Bijan Pakzad telah meninggal dunia pada 16hb April 2011 dan disemadikan di Los Angeles.
Dari cermin luar, orang awam dapat melihat gambar-gambar pelanggan yang datang ke butik Bijan yang terdiri dari golongan
VVIP yang diletakkan di dalam bingkai di atas meja hiasan
di dalam butik berkenaan.
|
Bijan bergambar bersama pelanggan VVIP beliau iaitu Sultan Azlan Shah |
|
Bijan bersama bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra di butiknya di Rodeo Drive |
|
Antara senarai nama pelanggan VVIP tertera di cermin luar butik termasuklah bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra |
|
Persimpangan yang menggunakan nama popular |
|
Papan tanda besar Beverly Hills yang terletak berdekatan kawasan perumaha mewah |
.
|
Papan tanda yang sangat terkenal |
|
Salah sebuah rumah agam di Beverly Hills |
Sepanjang berada di
Beverly Hills kami tidak terserempak dengan mana-mana artis atau selebriti Hollywood sedangkan di sinilah tempat mereka membeli-belah, bersiar-siar atau beriadah bersama keluarga. Di harap lawatan kami ke sini pada masa akan datang dapatlah bertembung dengan mereka.
No comments:
Post a Comment