Monday, 2 July 2012

Berjumpa Yuna di Denver, COLORADO (Bahagian 2)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Tujuan sebenar kami suami isteri datang ke Denver ialah untuk menyaksikan persembahan dari Yuna, penyanyi/penulis lirik dari Malaysia yang sudah mula mengembangkan kerjayanya di Amerika Syarikat.

Sepanjang saya bekerja sebagai pramugari MAS selama lima tahun sebelum saya berhijrah ke Australia tiga tahun lalu, saya kerap kali bertemu dengan artis tempatan (Malaysia), antarabangsa, kenamaan seperti ahli politik, kerabat diraja dan Sultan - Sultan ketika di dalam pesawat, tetapi saya belum pernah berjumpa dengan Yuna. Saya dan suami meminati Yuna sejak beliau terkenal dengan membawa lagu Dan Sebenarnya.

Di sini saya sertakan beberapa gambar yang saya rakamkan ketika saya menghadiri ke salah satu persembahan Yuna. (Yuna Summer 2012 US Tour)

Selepas daftar masuk hotel, kami bergegas bersiap sebelum ke Bluebird Theater. Tiket yang akan kami bawa bersama sebentar lagi.


Lukisan yang terletak di lobi hotel ini menggambarkan Bluebird Theater. Mengikut sejarah,bangunan yang dibina pada tahun 1913 ini pada suatu ketika dahulu sangat masyhur mengadakan teater. Pada tahun 1994, tempat ini tidak lagi digunakan untuk tayangan teater sebaliknya menganjurkan persembahan muzik dan nyanyian secara langsung (live).
Bluebird Theater di Denver, tempat di mana Yuna bakal mengadakan persembahan
Kedatangan kami disambut dan disapa oleh Faiz Rosli,jurutera bunyi (sound engineer) untuk setiap persembahan Yuna
Saya merasa tersangat bangga apabila pertama kali melihat nama Yuna, anak Melayu yang sudah menempatkan nama di dalam industri hiburan Amerika Syarikat di hadapan Bluebird Theater ini
Yuna tampil di atas pentas tepat jam 9.00 malam dan mendendangkan enam buah lagu
Yuna menjelaskan, sepanjang siri jelajah Amerika Syarikat,
Bluebird Theater ialah tempat yang paling besar/luas yang pernah beliau adakan persembahan
Hati girang apabila dapat bergambar bersama Yuna
Saya, suami dan Yuna
Cakera padat yang sudah ditanda tangani oleh Yuna malah nama saya juga tertera di situ
Bergambar sekali lagi sebelum pulang
Semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang

Jujur saya katakan, walaupun saya meminati banyak lagu-lagu dari penyanyi Malaysia, tetapi saya tidak membeli album mereka. Selain Siti Nurhaliza dan Anuar Zain, Yuna ialah artis ketiga yang saya dapatkan album untuk koleksi peribadi.

Saya dan suami dapat meluangkan masa berbual-bual bersama Yuna dan Faiz. Kemungkinan besar peluang sebegini tidak akan kami dapati jika kami menghadiri persembahan Yuna di Malaysia.

Di mata saya,Yuna seorang yang periang,peramah dan merendah diri. Saya mendoakan agar Yuna dapat mengekalkan sikap positif sebegitu agar beliau disayangi peminat sekaligus kerjaya beliau akan lebih berjaya lagi, InsyaAllah.

Selagi saya dan suami masih berada di Amerika Syarikat,InsyaAllah jika ada kelapangan waktu akan kami hadiri lagi persembahan Yuna. :)


No comments:

Post a Comment