Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Dalam perjalanan dari Denver, Colorado ke Farmington di New Mexico kami perlu menempuh jalan raya yang telah disenaraikan antara jalan raya yang pemandangannya tercantik di Amerika Syarikat dan juga di dunia. Saya pernah menceritakan sedikit sebanyak tentang jalan raya ini.Sila ke
link di bawah jika anda ketinggalan sebelum ini :
http://www.sharery.blogspot.com/2012/06/denver-colorado-bahagian-1.html
Separuh perjalanan, kami berhenti di sebuah kawasan khas seperti anjung tinjau yang membolehkan pengguna jalan raya memberhentikan kenderaan dan melihat pemandangan sekeliling.
|
Papan tanda yang memberi maklumat tentang beberapa kawasan tarikan pelancong |
|
Seekor tupai kelihatan berlegar - legar di hadapan seorang penjual yang menjual kraftangan di anjung tinjau |
|
Pemandangan yang sejuk mata memandang |
|
Gambar dirakamkan ketika kami di anjung tinjau / berhampiran puncak gunung |
Menyambung perjalanan, sekali lagi saya rakamkan gambar seakan-akan sama seperti saya rakamkan ketika melalui jalan raya yang sama sebelum ini.
Lapisan jalan raya pertama ialah jalan yang sedang kami memberhentikan kenderaan untuk tujuan mengambil gambar, manakala lapisan jalan raya kedua dan ketiga anda dapat
lihat dengan tulisan yang berwarna merah yang telah saya tandakan
seperti gambar di bawah.
|
Ketika waktu ini, saya dapat merakamkan gambar dua buah lori yang sedang menyusur di atas jalan raya di lapisan kedua serta ketiga, serentak dalam satu masa |
Lebih kurang 2jam sebelum sampai ke Farmington, kami singgah di
Pagosa Spring, iaitu sebuah daerah yang bukan sahaja menempatkan bandar kecil tetapi kawasan - kawasan sekeliling menjadi tarikan pelancong sepanjang tahun. Jika musim sejuk/bersalji, terdapat aktiviti seperti bermain ski dan terdapat beberapa
ski resort, tidak kurang juga apabila datangnya musim panas. Ketika ini (musim panas), penduduk tempatan mahupun luar berpusu-pusu datang ke sini untuk mandi sungai dan ramai juga yang bermalam di
The Springs Resort & Spa yang menyediakan kolam air panas semulajadi.
The Springs Resort & Spa sangat terkenal sehinggakan beberapa tahun lalu, selebriti Oparh Winfrey juga pernah datang dan bercuti di sini.
|
Pintu masuk ke The Springs Resort & Spa |
|
Pagosa Spring di Colorado |
|
Sungai San Juan |
|
Gembira bukan kepalang kerana sudah bertahun-tahun lamanya tidak menyentuh dan menjejakkan kaki di dalam sungai |
|
Merehatkan kaki sebentar dengan air sungai yang sejuk dan bersih yang mengalir dari gunung |
|
Duduk menghadap aliran sungai tanpa berbuat apa-apa sungguh mendamaikan |
Sekian buat waktu ini,kita berjumpa lagi di masa akan datang.
acuuu... dulu2 mak ngah mesti nak kutip batu sungei tu, tabur ateh kubur... best nya sungei tu, rasa nyelap nengok nya hehe
ReplyDeleteSazsaz: masa sy pijak batu2 ni pun teringat jgak yg mak suka tempah batu sungai utk kubur arwah apak,wan...best time ni .dh lama sgt xmandi sungai :)
ReplyDelete