Sunday, 8 July 2012

Las Vegas, NEVADA (Bulan Jun,Bahagian 2)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Oleh kerana lawatan kami ke Las Vegas pada kali ini tidak dirancang dan tujuan sebenar adalah untuk menziarah,maka masa kami untuk berjalan-jalan ke tempat tumpuan pelancong adalah terhad.Cuma satu tempat sahaja yang sempat kami singgah iaitu Caesars Palace,hotel dan kasino yang begitu terkenal sekali.

Majoriti penduduk dari Malaysia dan Singapura pasti mengetahui yang Diva Anita Sarawak pernah menghiburkan pengunjung di Caesars Palace.Kerana Kak Nita lah,saya sejak dari kecil sudah biasa mendengar dan tahu akan kewujudan Caesars Palace ini.

Di dalam Caesars Palace
Caesars Palace
 Di dalam Caesars Palace juga terdapat pusat membeli belah yang merangkumi barangan berharga sederhana sehingga lah ke butik berjenama mewah iaitu The Forum Shops dan Appian Way Shops.

Laluan menghubungkan hotel dan The Forum Shops
Air pancut di The Forum Shops
Kafe coklat kegemaran saya yang rangkaiannya turut terdapat di Australia
Dengan pembeli New I Pad,selepas ini suami tidak perlu berkongsi I Pad dengan saya lagi :)
Rangkaian kedai pakaian H&M
Di sinilah Celine Dion kerap membuat persembahan
Berlatar belakangkan butik jenama mewah
Laluan untuk ke tandas awam di dalam Caesars Palace pun cantik dan bersih
Pemandangan yang cantik di mata saya (The Forum Shops)
Pertama kali melihat tangga bergerak(escalator) yang berpusing-pusing
Colosseum ialah dewan berprestij yang kerap kali menganjurkan persembahan dari penyanyi yang bertaraf superstar antaranya ialah Celine Dion,Elton John,Shania Twain,Rod Steward,Aretha Franklin dan ramai lagi.Untuk maklumat tambahan,Anita Sarawak tidak membuat persembahan di dalam Colosseum.Beliau hanya menyanyi di kelab yang kecil sahaja
InsyaAllah,di lain masa jika ada kelapangan saya dan suami akan menonton persembahan Celine Dion di sini :)
Sekian buat masa ini,terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan Terjemahan Hati. :)


3 comments:

  1. wow, lawa nya baju merah, berkenan le... nak t shirt nevada selai::))

    ReplyDelete
  2. hai Sherry ape khabar?...nice seeing pics of u..

    ReplyDelete
  3. sazsaz : Tu baju kaler pink ;)

    Anonymous : Khabar baik :) Siapa di sana?Next time letak nama ye ;)

    ReplyDelete