Monday, 2 July 2012

Denver, COLORADO (Bahagian 3)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera


Denver ialah bandar yang terbesar dan juga ibu negeri bagi negeri Colorado.Oleh kerana kedudukan Denver terletak di 5,280kaki dari paras laut,maka nama samaran yang diberi ialah "Mile High City".
Tiga hari dua malam berada di Denver masih belum dapat melawati ke semua tempat menarik di dalam bandaraya.Walau bagaimanapun di sini saya sertakan sedikit gambar yang dirakamkan di sekitar Denver untuk dikongsi bersama pembaca.
Pemandangan pusat bandar Denver dari arah jauh


Residence Inn Marriot, hotel kami menginap

Bilik hotel

Lain dari yang lain.Menggunakan pelekat seperti pelekat peti ais sebagai penanda,berbeza dengan hotel lain yang masih menggunakan penggantung kertas
16th Street Mall.Di sepanjang 16th Street Mall terdapat premis perniagaan seperti restoran,kelab hiburan,dan tempat membeli belah



Di 16th Mall juga anda dapat lihat orang awam bermain catur,piano dan lain lain lagi
Bas yang bernama Mall Ride memberikan perkhidmatan percuma kepada penumpang
Trem juga menjadi salah satu pengangkutan utama di dalam bandar



16th Street Mall
Sedikit maklumat ringkas mengenai Denver telah dicatatkan di atas badan replika lembu ini

Hard Rock Cafe
Di dalam Hard Rock Cafe

Restoran makanan segera halal - Pudge Bros Pizza yang terletak di Aurora (lebih kurang 15minit pemanduan dari pusat bandar)
Stadium
Berpeluang melihat pengambaran yang diadakan tidak jauh dari hotel kami.


Di Denver terdapat beberapa buah masjid tetapi hanya satu yang terletak di dalam pusat bandaraya iaitu Masjid Shuhadaa



Seperti kebiasaan setiap kali kami berkunjung ke mana-mana ibu negeri,pasti kami akan singgah bergambar di hadapan bangunan parlimen/pentadbiran kerajaan.Malang sekali pada hari tersebut kami tidak dapat melaksanakannya kerana jalan raya di sepanjang kawasan itu ditutup bagi membolehkan demonstrasi jalanan diadakan.


Demonstrasi jalanan membantah hubungan kaum sejenis

Sudah saya masukkan Denver di dalam senarai tempat yang ingin dikunjungi buat kali kedua.Jika ada kelapangan,mengapa tidak?  :-)

2 comments:

  1. salam.. nak tanya, akak ade tak detail selengkapnya tentang colorado? sebab saya tengah buat survey tentang colorado ni untuk presentation kerja saya.. saya nak tau tentang keindahan dia, makanan halal senang nak cari tak, dll :) suasana dekat rocky mountain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam Boy : Akak ada beberapa entri mengenai Colorado dalam blog ni. Apa yang akak dah pernah kongsikan di sini dah dikira lengkap juga. Dik pergi bahagian search dalam blog ni dan search saje 'Colorado' atau 'Rocky Mountains' atau 'Denver'. Di bandar besar seperti Denver memang tiada masalah makanan halal. Di daerah lain memang agak terhad dan tiada.

      Terima kasih kerana sudi singgah blog akak.

      Delete