Saturday, 7 July 2012

Las Vegas, NEVADA ( Bulan Jun,Bahagian 1)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Baru-baru ini saya dan suami ke Las Vegas untuk melawat kakak angkat kami yang baru sahaja melahirkan anak pertama.Di sini saya sertakan beberapa gambar di sepanjang lawatan singkat dan tanpa dirancang kami di sana.
Makan tengah hari sebelum ke hospital.Mint Indian Bistro, restoran halal yang menyediakan buffet setiap hari bermula jam 11.30pagi - 3.00petang
Harga untuk hidangan buffet amat murah dan tidak mungkin kami dapat harga sebegini di Australia
St Rose Dominican Hospital,Henderson Nevada
Wad Bersalin
Las Vegas Strip dapat dilihat dengan begitu jelas dari tingkap bilik wad
Bayi yang dilahirkan pada 22hb Jun 2012 ini telah diberi nama Arjuna Taib Reeves.Kami antara pelawat yang terawal menziarahi Arjuna dan ibunya di hospital.
Oleh kerana bapa bayi bekerja di luar kawasan,suami diberi tanggungjawab mengazankan Arjuna Taib Reeves
Semasa suami mengazan dan membaca ayatul kursi di telinga Arjuna,dengan kuasa Allah,Arjuna yang ketika itu berusia satu hari melontarkan senyuman :)

Arjuna, yang ketika gambar ini diambil baru berusia satu hari
Giliran saya pula bertemu dengan Arjuna
Bergambar bersebelahan Arjuna yang sedang dipangku oleh ibunya
Arjuna membuka mata sebaik bapa angkatnya datang untuk bergambar dengannya :)

Bersama keluarga angkat kami,Mami Fatima,Kak Masrina,Kak Marlina yang menetap di Las Vegas
Nantikan bahagian kedua di mana saya akan kongsikan beberapa gambar yang sempat saya ambil ketika berada di Caesars Palace :-)

2 comments:

  1. Alhamdulillah. It was really nice having Azly & Sherry with us on that day. Nanti kita jumpa lagi ok. Love you and miss you all as always.

    Hugs,

    Achi Mas

    ReplyDelete
  2. Bee Bee : InsyaAllah kita jumpa lagi.Luv n miss u too.Muahhsss :)

    ReplyDelete