Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Kedatangan kami suami isteri ke Las Vegas pada kali agak berbeza seperti kebiasaannya.Selain menziarahi keluarga angkat,saya dan suami menerima tetamu pertama dari Malaysia !
:-)
Farizan ialah bekas rakan sejawatan semasa kami sama-sama berkerja sebagai pramugari.Kami tidak berjumpa antara satu sama lain setelah masing-masing mendirikan rumahtangga dan membawa hala kehidupan sendiri.Beliau berlepas dari Kuala Lumpur ke Los Angeles dengan penerbangan
Malaysia Airlines di mana salah seorang juruterbang pesawat itu ialah suaminya sendiri.
Dari Los Angeles,Farizan dan suami terbang sekali lagi dengan penerbangan
Delta untuk sampai ke Las Vegas.
Las Vegas menjadi saksi pertemuan semula kami setelah hampir empat tahun terpisah.
:-)
|
Makan malam di Mint Indian Bistro - Gambar Ihsan Dari Farizan |
|
Papan Tanda Selamat Datang ke Las Vegas |
|
Memberi cenderahati untuk tetamu pertama kami |
|
Mereka memiliki kerjaya yang sama tetapi berbeza syarikat penerbangan :-) |
|
Membeli belah sebelum Farizan dan suami bertolak pulang ke Los Angeles |
|
Hadiah berupa selendang sutera yang dihadiahkan kepada saya daripada Farizan |
Walaupun pertemuan kami sangat singkat,tetapi dapat juga dimanfaatkan sebaik mungkin.Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Farizan dan suami kerana sudi berjumpa dengan kami di sini serta membawakan barangan yang dikirim dari bonda saya di Ipoh.InsyaAllah semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang sama ada di Malaysia,Amerika atau Australia.
:-)
Love love love...
ReplyDeleteEh xtido lg plak..tetiba nk visit blog ko..dok scroll2 jmpe yg ni..dulu da bce tp xtgl komen plak..
Yayy..rindulah..:)
Jan : Rindu kan,tu pasal dtg my blog. hehhe.. ;) InsyaAllah next time kita jumpa k :)
ReplyDelete