Friday, 6 July 2012

Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Amerika Syarikat menyambut hari kemerdekaan pada tanggal 4hb Julai setiap tahun.Rakyat negara ini lebih senang menggelarkan cuti umum ini sebagai Fourth of July.Seperti negara-negara lain,kemeriahan bertambah apabila kita dapat menyaksikan pertunjukan bunga api.

Saya dan suami tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menyaksikan bunga api di tengah bandar raya.Secara kebetulan sahaja kami berhenti di tempat meletak kenderaan di hadapan sebuah pasaraya untuk menyaksikan pertunjukan bunga api dari arah jauh yang mengambil masa hampir 15minit.
Oleh kerana saya tidak membuat persediaan rapi untuk merakamkan gambar bunga api,iaitu tidak membawa kaki kamera (tripod),maka gambar yang saya letakkan di bawah ini agak kurang memuaskan berbanding pengalaman saya mengambil gambar bunga api beberapa kali di Australia.
Menggunakan cermin sisi kereta,ini lah beberapa gambar yang dapat saya kongsikan bersama pembaca.




 





Kami bukanlah warganegara Amerika Syarikat,tetapi di sebabkan suami bekerja di sini,tidak salah sekiranya kami menghormati dan bersama-sama berkongsi kegembiran dengan rakyat tempatan. :-)

Happy 4th Of July! :-)

No comments:

Post a Comment