Wednesday, 25 July 2012

Hollywood, CALIFORNIA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Bertemu kembali di dalam Terjemahan Hati,dan Salam Ramadhan saya ucapkan kepada semua pembaca.Saya kongsikan bersama anda gambar-gambar yang di rakamkan sepanjang percutian saya di Los Angeles beberapa minggu lalu. :-)

Destinasi pertama ialah Hollywood, California.


Hollywood
Dolby Theatre yang dahulunya diberi nama Kodak Theatre,tempat di mana berlangsung Academy Awards
"Jelmaan" Elvis Presley dan Marilyn Monroe yang menjadi tarikan pelancong untuk bergambar
Di hadapan Hard Rock Cafe Hollywood
Di hadapan pintu masuk Hard Rock Cafe Hollywood
Membeli t-shirt Hard Rock Cafe sudah menjadi kemestian buat suami
Muzium patung lilin yang sangat terkenal iaitu Madame Tussauds
Bersama patung lilin pelakon Leonardo DiCaprio
Bekas kereta perang yang menarik perhatian orang ramai
Notis yang terdapat di atas bumbung kereta perang
Hollywood Walk Of Fame - Tom Cruise
Replika anugerah Oscar yang dijual di kedai cenderamata
Di hadapan Chinese Theatre
Chinese Theatre pada waktu malam
Berada di  Griffith Observatory - Sebuah muzium sains dan angkasa lepas yang terletak di atas gunung dan terdapat juga anjung tinjau untuk menarik para pelancong melihat bandaraya Los Angeles dari arah jauh
Pemandangan dari jauh bandaraya Los Angeles dari  anjung tinjau di Griffith Observatory
Hollywood Hills yang sangat terkenal di serata dunia.Gambar ini saya rakamkan semasa berada di anjung tinjau di  Griffith Observatory
"Meletakkan" papan tanda HOLLYWOOD di atas tapak tangan saya
Selepas pulang dari Griffith Observatory,kami menyusuri rumah-rumah penduduk tempatan untuk membolehkan kami bergambar dengan papan tanda HOLLYWOOD dengan lebih dekat lagi
Capitol Record - Syarikat rakaman terbesar dan utama di Amerika Syarikat
Lagi nama-nama bintang ternama di hadapan Capitol Records
Bergambar bersama bintang Tina Turner
Amoeba Music - Penyanyi Yuna pernah mengadakan persembahan di sini
Nantikan Terjemahan Hati seterusnya di dalam siri penjelajahan saya di negeri California. :-)

2 comments:

  1. Assalamualikum .. Just saw your blog.. Seronoknya!! Murah rezeki travelling everywhere... Bercadang hendak ke LA /LV/san fran bulan hadapan... Boleh beri cadangan tempat tinggal dan lawatan dan perjalanan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumusalam Hazlina : Bulan depan tu nampaknya memang dah tak lama. Tolong e-mel saya ya so saya dapat beri info secepat yang mungkin, nnsyazly@gmail.com

      Delete