Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Sementelah saya dan suami berkunjung ke Cheyenne,Wyoming yang berjiran dengan negeri Nebraska, maka kami pun mengambil peluang memasuki negeri ini.
|
Di hadapan papan tanda selamat datang yang terletak di sempadan negeri Nebraska - Wyoming |
Untuk pergi ke ibu negeri Nebraska iaitu
Lincoln agak jauh dari sempadan Nebraska-Wyoming, maka kami memutuskan untuk pergi ke salah satu tempat tumpuan pelancong (walaupun kami pasti sebenarnya masih ramai pelancong yang tidak tahu akan tempat ini,atau barangkali putus harapan akibat sesat) yang terletak lebih kurang 16batu dari papan tanda seperti gambar di atas iaitu
Panorama Point Highest In Nebraska.
Arahan dan peta yang kami terima dari seorang sukarelawan di pusat penerangan pelancongan adalah tidak lengkap. Daripada perjalanan menempuhi perkampungan kecil dan melalui jalan yang bertar, sehingga jalan berpasir dan tidak ada perumahan kecuali ladang menternak lembu dan kerbau, kami hampir putus harapan untuk pencari
Panorama Point ini.
|
Melalui jalan raya yang berturap |
|
Sehingga jalanraya berpasir |
Berbekalkan harapan dan percubaan terakhir dalam misi mencari
Panorama Point, akhirnya kami menemui papan tanda yang memberi kami sedikit harapan.
|
High Point Bison ialah kawasan atau tanah persendirian di mana terletaknya Panorama Point |
|
Oleh kerana High Point Bison adalah tanah persendirian, maka kami sebagai pelawat harus membayar yuran masuk sebanyak USD3 untuk seorang. Sampul untuk pembayaran yuran telah disediakan di situ berserta kotak layan diri. |
|
Sudah hampir tiba di lokasi yang dicari, barulah kami nampak papan tanda penunjuk arah. |
Panorama Point Highest in Nebraska
Panorama Point yang kami kunjungi ini ialah kawasan yang tertinggi di dalam negeri Nebraska iaitu dengan ketinggian 5,424 kaki pada paras laut.
|
Di Panorama Point |
|
Apabila sudah sampai di sini, sudah tentu wajib bergambar dengan batu ini |
|
Berdiri di sini sebagai tanda dan bukti bahawa saya telah menjejakkan kaki di kawasan tertinggi di negeri Nebraska |
|
Gambar yang begitu berharga bagi saya |
|
Batu simbolik dilihat dari arah jauh |
Selepas pulang, baru saya mendapat maklumat bahawa tidak jauh dari
Panorama Point, terdapat satu biji lagi batu yang diletakkan di sebuah kawasan sebagai tanda titik pertemuan tiga buah negeri iaitu WYOMING - NEBRASKA - COLORADO.
|
Papan tanda ini masih tidak memberikan gambaran atau petunjuk yang jelas bagaimana mahu ke titik pertemuan (kawasan) yang menemukan tiga buah negeri |
Walaupun papan tanda di atas sudah memberitahu sedikit petunjuk, tetapi ia masih tidak berkesan bagi kami untuk menjejak kawasan tersebut. Oleh kerana kami berada di tanah persendirian, dan menerima maklumat yang tidak lengkap
serta ketika itu hanya kenderaan kami sahaja yang berada di situ,maka
kami tidak mahu mengambil risiko. Kami gagal mencari sebiji lagi batu
simbolik yang menandakan pertemuan antara tiga buah negeri.
|
Gambar dari sumber laman Google. Inilah batu yang gagal kami temui yang menandakan pertemuan tiga buah negeri bertemu. |
|
Rusa liar "mengucapkan" selamat tinggal untuk kami :) |
Agak sedikit ralat apabila mengenangkan yang kami tidak menjumpai batu kedua sedangkan kami sudah berada di kawasan yang berhampiran dengannya.Suatu masa nanti jika kami memasuki negeri Nebraska lagi, mungkin kami akan mencari batu kedua yang gagal kami temui tempoh
hari. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment