Friday, 29 June 2012

Denver, COLORADO (Bahagian 1)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Kaki ini sudah sering kali melangkah keluar dan masuk ke dalam negeri Colorado dengan melawat ke banyak tempat pelancongan cuma yang kurangnya ialah saya belum pernah pergi ibu negeri Colorado sendiri iaitu, Denver.
Meskipun saya pernah transit beberapa jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver tiga bulan yang lalu,tetapi ia tidak cukup untuk saya 'mengisytiharkan' yang saya sudah menjejakkan kaki di Denver. :-)

Untuk bahagian pertama,saya berkongsi gambar-gambar di sepanjang perjalanan dari Durango ke Denver yang mengambil masa perjalanan hampir 7 jam.
Semasa awal perjalanan, pemanduan kami agak tidak selesa kerana terpaksa melalui kawasan yang berasap (kesan dari kebakaran hutan).
Sejurus tiba di Pagosa Spring,barulah kelihatan matahari dan langit kembali membiru.Elok sahaja melepasi Pagosa Spring, perjalanan yang mencabar pun bermula.Pemanduan kami harus menaiki gunung ganang dan menyusuri lereng gunung tersebut.

Bermula pemanduan menaiki gunung ganang
Jalanraya 126 yang kami lalui ini pernah tersenarai antara salah satu jalan raya tercantik di Amerika Syarikat dan di dunia. Jika anda lihat pada gambar-gambar di bawah,mungkin anda tertanya-tanya apa yang cantik dengan jalan raya ini?
Kami melalui jalan raya ini pada musim panas, tetapi cuba bayangkan jika musim sejuk dan bersalji pastinya pemandangan lebih cantik lagi.

Menyusuri lereng gunung mengingatkan saya akan Lebuhraya Utara Selatan dari Jelapang ke Kuala Kangsar.

Kemungkinan salah satu faktor lain yang menyebabkan jalan raya ini tersenarai antara yang cantik di Amerika Syarikat dan di dunia ialah terdapat tiga 'lapisan/tingkat' jalan raya dibina di lereng gunung ini.
Lapisan jalan raya pertama ialah jalan yang sedang kami dan kereta di hadapan lalui, manakala lapisan jalan raya kedua dan ketiga anda dapat lihat dengan tulisan yang berwarna merah yang telah saya tandakan seperti gambar di atas.
Air dari gunung.

Walaupun sudah masuk musim panas,salji di puncak gunung masih banyak yang belum cair.
Memasuki terowong pertama.
Tasik di puncak gunung.
Memasuki terowong kedua.
Saya dapat membayangkan kecantikan alam semulajadi di kawasan ini apabila datangnya musim sejuk/bersalji. Pokok-pokok menghijau bertukar menjadi putih dan air sungai yang membeku.

RV Park - Kawasan yang dikhaskan untuk kenderaan seperti karavan bermalam. Anda boleh lihat banyak karavan/Recreational Vehicle di dalam gambar ini.
Selepas 'mengharungi' perjalanan merentas gunung ganang yang hampir memakan masa selama 40-50minit,kami kembali dengan pemanduan seperti biasa (normal) dengan menempuhi beberapa pekan dan kampung kecil seperti Del Norte,Monte Vista,Alamosa,Blanca dan Walsenburg.

Gerabak keretapi lama yang dibiarkan di tepi jalan raya.
Walaupun saya sebutkan tadi pemanduan kembali seperi biasa (normal), tetapi pemandangan tetapi cantik kerana kami tidak dapat 'lari' dari gunung ganang di sebelah kiri dan kanan kami.

Sekali lagi saya membayangkan gunung seperti di dalam gambar di atas diselaputi salji.Alangkah sedapnya mata memandang.

Gunung seperti gambar di atas ialah gunung ganang yang merangkumi "Rocky Mountains" di negeri Colorado.
Untuk keterangan lanjut mengenai Rocky Mountains,sila ke sini untuk membaca dan melihat gambarnya :)

http://www.sharery.blogspot.com/2012/04/dari-australia-ke-amerika-syarikat.html

http://www.sharery.blogspot.com/2012/05/durango-colorado.html

Dari pekan kecil yang bernama Walsenburg, kami memasuki Lebuhraya 25 untuk menyambung baki perjalanan sebelum tiba di Denver pada jam 6.00 petang.


Denver, COLORADO.

*Akan bersambung*

2 comments:

  1. Indah sungguh saujana mata memandang dengan bumi ciptaan Allah. Semoga ia berkekalan untuk generasi akan datang dan tidak akan ditebang pokok2 tu untuk proses kayu balak. Dan semoga Cik Canon dapat berkongsi gambar bila musim sejuk kembali, sudah tentu pemandangan di musim lagi menakjubkan dan salji menyelubungi kawasan bukit dan gunung di Colorado. Mekasih berkongsi pengalaman perjalanan di US, akan ku baca cerita seterusnya InshaAllah.

    ~KC~

    ReplyDelete
  2. KC : If musim sejuk dan bersalji,negeri Colorado lah yg jadi tumpuan pelancong berbanding dgn negeri2 lain yg ada snow :)InsyaAllah,pjg umur,murah rezeki dpt lah sy merasa winter di sini :)

    ReplyDelete