Thursday, 7 June 2012

Las Vegas, NEVADA (Bulan Mei)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Seperti yang saya ceritakan di Terjemahan Hati dua keluaran sebelum ini,saya menyambut hari lahir suami di Las Vegas, Nevada.
Kami juga mengambil peluang menziarahi keluarga angkat yang tinggal di Las Vegas.Mereka berasal dari Singapura tetapi sudah lama berhijrah ke Amerika Syarikat.
Di samping itu,saya mengambil peluang menjelajah bandar yang begitu popular di mata dunia dengan hotel-hotel beserta kasino yang bertaraf 5 bintang.
Saya mengenali Las Vegas sejak dari kecil lagi kerana Diva Anita Sarawak pernah menetap di sini dan mengadakan persembahan di Caesars Palace. :-)

Tempat wajib untuk bergambar jikalau datang ke Las Vegas
Menara Stratosphere yang didalamnya mempunyai hotel dan kasino
Salah satu hotel dan kasino yang terkenal yang bercirikan piramid iaitu LUXOR
"Mini New York"
Makan tengah hari di Hard Rock Cafe sempena hari ulang tahun suami (27hb Mei)
Oleh kerana saya bertudung,jurujual cenderahati di Hard Rock Cafe berbangsa cina ini yang menyapa kami dalam bahasa Melayu yang begitu fasih sekali.Beliau berasal dari Kuala Lumpur.
Di dunia coklat M&M.Balang warna warni di dalam gambar ini ialah coklat M&M untuk dijual mengikut timbang.Kesemuanya lebih kurang 50jenis perasa yang berbeza-beza
Kedai yang menjual serba serbi tentang Coca Cola baik dari minuman,pakaian,cenderahati sehingga ke perabot rumah
Kafe Harley Davidson
Pelbagai ragam dan keletah ditunjukkan demi mencari rezeki
"Mini Paris"
Berjalan di dalam bangunan yang bercirikan bandar Paris di Perancis
Tidak ada sebarang halangan dari segi umur untuk memasuki kasino kerana ia bercantum dengan hotel masing-masing,Lihat sahaja seperti gambar di atas,seorang kanak-kanak telah dibawa oleh ibu beliau memasuki kasino
Bellagio ialah hotel dan kasino yang sangat berprestij malah bangunannya sudah menjadi ikon di Las Vegas apatah lagi air pancut di hadapan hotel inilah yang menjadi tarikan pelancong kerana pancutan airnya yang menari mengikut melodi.Tidak ada gambar persembahan air pancut kerana kami terlepas persembahan dan mengejar masa untuk ke tempat lain
Di belakang saya ialah hotel dan kasino Caesars Palace.Tempat di mana Diva Anita Sarawak yang satu ketika dulu "berkampung"membuat persembahan bertahun-tahun lamanya
Makan malam di Mint Indian Bistro
Tiga hari sememangnya tidak puas kerana masih banyak tempat menarik yang kami belum sempat lawati.InsyaAllah kami akan kembali melancong ke Las Vegas.




2 comments:

  1. ::)) nanti2 kamu melancong ke gombak, ambil gambo OTK hehehhe..... memain ke hehe

    ReplyDelete
  2. sazsaz : owhhh rindu sama itu Ong Tai Kim,hehehe.Rindu Gombak dan rindu masakan MakNgah ;)

    ReplyDelete