Tuesday 19 June 2012

Berdiri Dalam 4 Negeri Pada Satu Masa

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Four Corners ialah satu daerah yang merangkumi empat buah negeri iaitu :

COLORADO
NEW MEXICO
ARIZONA
UTAH

Keempat-empat sempadan negeri ini bertemu maka terbinalah Four Corners Monument. Majoriti tanah di daerah ini adalah milik kaum asli tempatan American-Indian berbangsa Navajo (sebutan Na-Va-Ho) atau penduduk dunia lebih mengenali mereka sebagai Red Indian.

Gambar sumber dari Google. Titik merah yang menemukan sempadan empat negeri yang dipanggil Four Corners.
Memasuki negeri Colorado untuk ke Four Corners
The Buttes - Pembentukan batu semulajadi yang terletak di Four Corners, tanah hak milik kaum asli berbangsa Navajo (Native Indian)
Pintu masuk ke Four Corners
Papan tanda selamat datang
Four Corners Monument dari arah jauh
Berpuluh-puluh gerai hasil kraftangan penduduk tempatan
Plak yang menunjukkan sempadan empat buah negeri
Bendera empat buah negeri berkibar dengan megahnya
Inilah petanda atau plak yang menjadi tumpuan pelancong untuk bergambar dan menyentuhnya dengan tangan sendiri tanda sudah sampai ke Four Corners
Punggung kanan saya di negeri UTAH, punggung kiri di negeri COLORADO, tangan kanan di negeri ARIZONA  dan tangan kiri di negeri NEW MEXICO
Keempat - empat kaki kami berdiri di empat negeri yang berbeza dalam satu masa
Begitulah sedikit sebanyak gambar dan informasi yang dapat saya kongsikan bersama mengenai Four Corners.
Nantikan Terjemahan Hati selepas ini kerana saya bakal menceritakan pengalaman menjejakkan kaki di salah sebuah penempatan terawal manusia yang berusia antara 10,000 ke 15,000 tahun yang lalu.

8 comments:

  1. acu.. gerai2 kraftangan tu kan, teringat le wang kelian hhehhe

    ReplyDelete
  2. sazsaz : hehe,wang kelian.best jgak ek shopping sana. :)

    ReplyDelete
  3. wow!g,br n tpt2 yg menarik sgt!!;) *isma ni

    ReplyDelete
  4. wow!!!tpt2 yg sgt menarik n unik.gmbr pon sgt2 cntik..;)!!! *itsme-isma

    ReplyDelete
  5. thank you Cik Canon for sharing this info... saya baru tahu info ni.... menarik :D

    ReplyDelete
  6. Ms. Ismail : Tq tq,mmg seronok jalan2 timba ilmu pengetahuan :)

    bytecode : My pleasure.Happy dapat konngsi info dgn pembaca yg lain :)

    ReplyDelete
  7. Amat unik ni, siapa sangka ye dapat pergi 4 negeri dalam satu tempat mcm ni.

    ~KC~

    ReplyDelete
  8. KC : Tu lah,peluang yg dtg sekali dlm seumur hidup kot :)

    ReplyDelete