Monday 12 December 2016

SpringHill Suites Marriott - Seattle, Washington, Amerika Syarikat

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera


Saya pernah ditanya soalan di manakah tempat penginapan saya dan suami sepanjang melakukan kembara. Untuk maklumat anda, setiap hari kami menginap di hotel. Oleh kerana suami saya ialah ahli dan pelanggan tetap hotel Hilton dan Marriott, maka kami akan bermalam di mana-mana rangkaian hotel tersebut. Sudah menjadi kebiasaan bagi saya untuk merakamkan gambar bilik hotel setiap kali selepas daftar masuk dilakukan. Selama ini gambar-gambar tersebut hanya disimpan sebagai koleksi peribadi dan kini saya rasakan sudah tiba masanya untuk saya kongsikan bersama para pembaca.

SpringHill Suite Marriott yang saya dan suami menginap beralamat di 1800, Yale Avenue, Seattle.

Pintu masuk utama.


SpringHill Suites Marriott Yale Avenue.


Gula-gula batang percuma yang diletakkan di dalam satu magkuk besar di atas meja penyambut tetamu.


Minuman segar percuma turut dihidangkan kepada tetamu  di lobi hotel.


Laluan dari lobi menghala ke lif.




Kami mendapat bilik di tingkat 7.




Dapur mini di tepi pintu masuk.


Meja tulis diletakkan di hadapan dapur mini.


Ruang tamu.


Bilik tidur.


Di sebelah kiri gambar ialah pintu masuk manakala di sebelah kanan ialah bilik mandi.




Bilik mandi.


Pemandangan awal pagi yang dirakamkan dari tingkap bilik kami.


Sarapan pagi percuma disediakan di tingkat bawah (lobi) . Cawan peta dunia lebih menarik perhatian saya ketika menikmati hidangan.




Di satu sudut lain di bahagian lobi, pihak hotel mengalu-alukan tetamu untuk menikmati minuman panas. Khidmat layan diri ini disediakan 24 jam.




Bar di lobi hotel.


Antara entri mengenai hotel lain yang anda boleh ikuti ialah;
Montana
http://sharery.blogspot.com/2016/09/billings-montana.html
South Dakota
http://sharery.blogspot.com/2016/08/rapid-city-south-dakota.html
Idaho
http://sharery.blogspot.com.au/2016/10/springhill-suites-marriott-coeur-dalene.html


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.


No comments:

Post a Comment