Tuesday 20 December 2016

Straits Kitchen - Halal Buffet Singapore

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Straits Kitchen di Grand Hyatt Singapore menyediakan bufet halal yang menyajikan kepelbagaian makanan Singapura. Teh tarik, nasi campur, ayam tandori, roti prata (roti canai), satay, nasi ayam, dan kuih muih tradisional semuanya terdapat di sini. Ia bukan sahaja sesuai untuk tetamu hotel yang berasal dari luar negara, malah para pelancong yang berada di Singapura dengan masa yang agak terhad untuk meneroka makanan tempatan.

Walaupun sudah lama mengetahui tentang status halal di Straits Kitchen tetapi saya belum pernah mencubanya sehinggalah pada bulan Mei yang lalu di mana saya dan suami menikmati hidangan bufet tengah hari sempena hari ulang tahun beliau.

Gambar makanan yang bakal anda lihat di bawah ini mungkin nampak sedikit di atas pinggan kami. Sudah namanya bufet, sudah tentu kami mengulang kali mengambil makanan dengan begitu kerap.




































































Bufet di Straits Kitchen diadakan pada setiap hari dengan tiga sesi iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari di laman sesawang ini;
http://www.singapore.grand.hyattrestaurants.com/straitskitchen/


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010



No comments:

Post a Comment