Tuesday 9 February 2021

Melawat Ke Kediaman Pahlawan Wanita Kanada

Dari Queen's Royal Park http://sharery.blogspot.com/2021/02/niagara-on-lake-ontario-kanada.html, pemanduan diteruskan ke Laura Secord Homestead yang jaraknya ialah 11 kilometer sahaja. Laura Secord Homestead yang terletak di Queenston, Ontario ialah kediaman seorang pahlawan wanita Kanada pada perang 1812. Beliau dikenali kerana kegagahan dan keberanian berjalan sejauh 32 kilometer dari wilayah yang dijajah oleh Amerika Syarikat semata-mata untuk memberitahu kepada pasukan Britain mengenai serangan yang bakal dilakukan oleh Amerika Syarikat pada tahun 1813.

Sewaktu kedatangan saya, Laura Secord Homestead ditutup untuk lawatan. Jadilah sekadar dapat bergambar di hadapan rumahnya. Kini kediaman Laura Secord dijaga m oleh Taman Niagara (Niagara Parks). 











Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment