Sunday 7 February 2021

Niagara-on-the-Lake, Ontario, Kanada

Niagara-on-the-Lake ialah sebuah bandar yang lebih dikenali sebagai bandar terindah di Ontario. Selain terkenal dengan banyak ladang anggur dan pengeluar wine berkualiti, Niagara-on-the-Lake menjadi tumpuan kerana bandarnya yang bercirikan era Victoria pada abad ke-19. Di sini pengunjung dapat melihat seni bina bangunan lama yang masih dikekalkan yang dijadikan kedai, butik, restoran, kafe dan hotel. Pengangkutan kereta kuda turut disediakan di sini.

Lawatan seterusnya ialah ke Queens's Royal Park iaitu sebuah taman rekreasi dan perkelahan yang terletak berhadapan dengan Sungai Niagara . Dari tempat saya berdiri, jelas dilihat perairan Amerika Syarikat manakala jarak jauh pula masih dapat dilihat bandar Toronto yang jaraknya dari Niaga-on-the-Lake ialah 129 kilometer. Gambarnya saya muat naik paling bawah sekali di akhir artikel ini.

Satu perkara yang amat memeranjatkan saya semasa berada di kedua tempat ini ialah majoriti dari orang awam tidak memakai pelitup muka (kecuali pekerja kedai) serta ratusan orang berkelah dan bermandi-manda di Queen's Royal Park dan ada juga yang memainkan lagu dengan kuat seolah seperti ada pesta dan bukan pada musim pandemik. Suasana sebegini jauh bezanya dengan Vancouver kerana di bandar saya ramai orang awam yang memakai pelitup muka walaupun ditempat-tempat yang belum diperketatkan pemakaiannya. Artikel ini ditulis mengikut tarikh lawatan saya ke Niagara-on-the-Lake iaitu pada Julai 2020. Hari ini iaitu Februari 2021, banyak tempat di Ontario telah memperketatkan pemakaian pelitup muka di tempat awam dan mereka di sana masih menjalani  'lockdown'.




\





















Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment