Thursday 15 August 2013

Ucapan Salam Perantau 2013 Kiriman Saya Ke Harian Metro

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Tahun ini merupakan tahun ke empat berturut-turut saya mengirimkan ucapan Hari Raya Aidilfitri (Salam Perantau) kepada keluarga di Malaysia.
Pada tahun 2010, 2011 dan 2012, gambar dan ucapan yang saya kirimkan itu telah disiarkan di dalam laman sesawang akhbar Harian Metro (surat khabar Malaysia). Berbeza pula pada tahun ini, saya terkejut kerana ucapan yang dihantar secara online tidak disiarkan di laman sesawang sebaliknya telah dipaparkan terus di dalam surat khabar tersebut.

Terima kasih kepada anak saudara saya iaitu Rabiatul dan kawan beliau, Jannah kerana mereka yang telah memberitahu dan menghantar gambar keratan akhbar kepada saya.
Kualiti gambar agak tidak memuaskan kerana ia dirakamkan melalui telefon bimbit sahaja.


Ucapan dan gambar Salam Perantau yang saya kirimkan telah disiarkan di dalam akhbar Harian Metro pada hari Khamis bersamaan dengan 15 Ogos 2013.

Untuk melihat gambar dan ucapan Salam Perantau pada tahun-tahun sebelum ini, sila klik link yang telah saya sertakan di bawah.


Salam Perantauan 2010
http://sharery.blogspot.com.au/2010/09/salam-perantauan.html

Salam Perantauan 2011
http://sharery.blogspot.com.au/2010/09/salam-perantauan.html
http://xtive.utusan.com.my/salam_perantauan/display.php?id=863

Salam Perantauan 2012
http://sharery.blogspot.com.au/2012/08/ucapan-salam-raya-dari-perantauan.html
http://xtive.utusan.com.my/salam_raya2012/display.php?id=517

2 comments:

  1. Assalamualaikum admin. Saya Zaza dari Malaysia. Saya ingin bertanya bagaimana Admin membuat ucapan salam perantauan di akhbar Harian Metro? Memandangkan Zaza pertama kali menyambung pelajaran ke luar negara, Zaza tidak tahu cara untuk membuat ucapan salam perantauan dan ingin sekali ucapan zaza disiarkan pihak akhbar. Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam Zaza.
      Terima kasih kerana sudi singgah di laman blog saya.
      Nanti bila dah tiba bulan Ramadan, Zaza layari Harian Metro online dan search 'salam perantau' atau 'salam perantauan'. Dalam ruangan tu akan disiarkan alamat e-mail untuk pembaca menghantar ucapan dan gambar.

      Delete