Thursday 21 January 2021

Pusat Sukan Lagenda Hoki Ais Kanada Di Brantford, Ontario

Sementelah saya dan suami berada beberapa hari di Brantford, Ontario, maka kami mengambil kesempatan untuk melawat ke Wayne Gretzky Sports Centre. Pusat sukan ini mengambil nama sempena pemain hoki ais lagenda yang dilahirkan di Brantford iaitu Wayne Gretzky. Beliau memulakan kerjaya pada tahun 1978 sehingga tahun 1999 dan bermain untuk lima pasukan dari Kanada serta Amerika Syarikat.

Di hadapan bangunan Pusat Sukan Wayne Gretzky terdapat patung besar beliau yang memegang piala (Stanley Cup). Turut berada di situ ialah patung kedua ibu bapanya dan patung beliau versi sewaktu kecil. Anda boleh baca keterangan mengenainya di dalam gambar enam dari atas. Sebelum pulang dan menyusuri jalan keluar, saya sempat rakamkan nama jalan yang bersempena dengan bapa Wayne iaitu Walter Gretzky.













Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment