Friday 1 January 2021

Selamat Datang Tahun 2021

Selamat Datang Tahun 2021!


Selamat datang ke blog Terjemahan Hati artikel pertama pada tahun 2021. Diharap anda semua berada di dalam keadaan sihat dan bergembira bersama keluarga pada cuti hujung minggu ini. Adakah anda mempunyai azam tahun baru? Bagi saya pula, kebiasaannya saya tidak menetapkan azam tahun baru. Apa yang sentiasa saya harapkan setiap hari ialah untuk memperbaiki diri menjadi yang lebih baik dari hari yang sebelumnya.

Berbeza sedikit pada tahun ini, di mana saya berazam untuk lebih banyak berkongsi bersama pengikut di laman sosial mengenai pelbagai cerita, maklumat, pengalaman bukan sahaja tentang kembara tetapi juga yang berkaitan dengan fesyen atau apa sahaja tips yang dapat memberi kebaikan untuk mereka. Lebih penting sekali, saya akan meneruskan usaha dalam memberi kesedaran kesihatan mental yang telah saya mulai sejak dari tahun 2019. Selain itu juga saya mengharapkan agar para pengikut tidak segan untuk berinteraksi dengan saya.

Sekadar maklumat tambahan, saya agak aktif di Instagram dan kerap berkongsi kisah harian di Instagram Story. Alamat bagi laman Instagram, Facebook dan You Tube boleh anda klik pada baris terakhir di setiap artikel yang disiarkan. Kita bertemu lagi pada artikel kedua tahun 2021 yang akan disiarkan tidak lama lagi. Jaga diri, jaga kesihatan mental dan fizikal dan sentiasalah memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam. 

Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN


No comments:

Post a Comment