Thursday 7 January 2021

Ulang Tahun Blog Terjemahan Hati Yang Ke-11

Selamat datang ke artikel ketiga saya pada tahun 2021.

Hari ini pada 7 Januari genaplah 11 tahun usia blog Terjemahan Hati.


Memetik dari artikel Harian Metro yang ditulis oleh wartawan Kusyi Hirdan pada tahun 2012; 

Blog Terjemahan Hati mulanya sekadar wadah luahan jiwa anak kelahiran Perak ini, Noorsyarimah Noordin sejak Januari 2010. Selepas ayahnya meninggal dunia pada 2008, dia terasa ingin meluahkan perasaan mengenai arwah bapa secara penulisan tetapi tidak tahu caranya.

Rindu yang mendalam terhadap arwah ayah sukar diluahkan dengan kata-kata. Tatkala menulis hatinya lebih lega.

"Tetapi waktu itu dalam kesibukan saya yang sering terbang di awan biru sebagai pramugari, pada masa sama saya sibuk dengan persiapan perkahwinan. Justeru, niat saya tergendala seketika," katanya.

Selepas berkahwin dengan Norman Azly Jabbar dan menetap di Australia, barulah impian Syarimah menjadi kenyataan. Lantas wujudlah Terjemahan Hati yang boleh dilayari di http://sharery.blogspot.com di alam maya.

"Saya tujukan kepada keluarga serta rakan di Malaysia dan Singapura supaya mereka dapat melihat serba sedikit mengenai kehidupan baru saya selepas berumahtangga dan menetap di luar negara," katanya.

Namun begitu, blog Syarimah kemudiannya melalui transformasi dan berubah konsep. Ia lebih menjurus kepada catatan perjalanan atau blog kembara kerana minat Syarimah dan suami yang suka mengembara.


Terlalu banyak kenangan manis sepanjang saya menulis di laman blog sendiri. Di dalam tempoh 11 tahun ini saya juga turut mempunyai Instagram, You Tube dan Facebook rasmi di mana saya manfaatkan media sosial untuk berinterksi dengan pengikut dan para pembaca dengan lebih kerap. Nama blog_th2010 di Instagram dan Facebook membawa maksud Blog Terjemahan Hati yang saya mulai pada tahun 2010.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca Terjemahan Hati, pengikut Instagram, Facebook dan You Tube. Anda merupakan tiang kekuatan untuk saya meneruskan apa yang saya lalukan selama ini. Jutaan terima kasih juga kepada suami tercinta kerana menjadi peneman kembara dan merangkap jurugambar peribadi saya.

Tahun ini anda bakal melihat sedikit perubahan dan penambahan dari segi artikel yang akan disiarkan. Selain mengenai kembara, saya juga akan berkongsi mengenai fesyen dan akan kembali dengan artikel mengenai kisah harian saya yang menetap di Kanada. Paling yang tidak akan saya lupakan ialah untuk menulis mengenai bapa dan ibu saya. Mereka tidak lagi di dunia, tetapi tetap di hati saya buat selama-lamanya.
Al-Fatihah. 

Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment