Thursday 14 January 2021

Port Dover, Ontario, Kanada

Selepas melawat ke rumah pencipta telefon Alexander Graham Bell di Brantford http://sharery.blogspot.com/2021/01/melawat-ke-rumah-pencipta-telefon.html, pemanduan diteruskan menuju ke Port Dover. Jarak antara Brantford dan Port Dover ialah 40 kilometer manakala jarak antara Toronto dan Port Dover ialah 142 kilometer. Pada awal pemanduan cuaca begitu terang tetapi apabila tiba di Port Dover, sudah mulai mendung.

Selain mengambil angin dan melihat pemandangan sekeliling yang menghadap Tasik Erie, saya dapat makan lewat tengah hari di salah sebuah restoran makanan laut yang terkenal di sini yang telah menjalankan perniagaan lebih dari 50 tahun.  Knechtel's on the Beach juga menjadi kegemaran bagi saudara saya setiap kali mereka datang ke sini. Mereka menetap di Brantford. Setelah saya menikmati hidangan makanannya, ternyata memang ianya sangat sedap. 

Sekiranya di masa hadapan anda bercuti ke Toronto, jangan lupa masukkan Port Dover di dalam senarai rancangan anda. Video juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/p0N-NZZXlYc



















Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN


No comments:

Post a Comment