Tuesday 19 January 2021

Melawat Ke Tugu Peringatan Pencipta Telefon Alexander Graham Bell

Di tengah bandar Brantford terletaknya Bell Telephone Memorial iaitu taman dan tugu peringatan yang dicipta khas untuk pencipta telefon yang tidak asing lagi, Alexander Graham Bell. Ia telah direka oleh Walter Seymour Allward. Selain tugu peringatan ini, pelancong juga boleh melihat patung besar Alexander Graham Bell di hadapan pintu masuk bangunan The Bell Telephone Company Of Canada. Jarak antara kedua buah tempat hanya 450 meter sahaja. Patung Alexander yang sedang duduk ini mengingatkan saya seakan sama dengan patung Presiden Abraham Lincoln di Washington, D.C, Amerika Syarikat. Video yang saya rakamkan boleh ditonton melalui saluran
You Tube Shery NN; https://youtu.be/JPI1cL8iUeg











Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment