Sunday 24 January 2021

Cambridge, Ontario, Kanada

Pada hari Sabtu bersamaan dengan 7 Julai 2020, saya, suami dan saudara kami menghabiskan hampir separuh hari melawat ke beberapa bandar di Ontario, Kanada. Bermula pada tengah hari kami melawat ke Pusat Sukan Wayne Gretzky di Brantford ; http://sharery.blogspot.com/2021/01/pusat-sukan-lagenda-hoki-ais-kanada-di.html dan bandar kedua pula ialah di Cambridge. Jarak antara kedua buah bandar ialah 26 kilometer. Reaksi pertama saya sebaik sahaja tiba di bandar ini ialah kagum dengan seni bina bangunan-bangunan lamanya. Oleh kerana persinggahan ini tidak lama, maka kami hanya melihat pemandangan sekitar Sungai Grand (Grand River). Nampaknya di sini memang ramai orang yang datang beriadah tambahan pula pada hujung minggu.














Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment