Tuesday 28 March 2017

Courtyard Marriott San Francisco Airport

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Sudah beberapa kali saya dan suami datang ke San Francisco dan menetap di hotel yang terletak di pusat bandar. Oleh kerana pada kali ini kami tidak mempunyai perancangan untuk melakukan aktiviti di San Francisco seperti pelancong yang lain, maka kami mengambil keputusan untuk bermalam beberapa hari di San Bruno. Antara faktor lain yang menyebabkan kami mahu bermalam di luar pusat bandar ialah ingin mengelak daripada kesesakan lalu lintas, dan dapat menjimatkan wang dari membayar caj meletak kenderaan di tempat awam. Hotel Courtyard Marriott terletak kira-kira 22.3 kilometer dari pusat bandar dan 4.2 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco.

Kesemua rangkaian hotel Courtyard Marriott mempunyai konsep yang sama iaitu mempunyai halaman di belakang bilik. Ia sekaligus memberi pilihan kepada para tetamu untuk berehat atau beriadah bersama keluarga dan sahabat. Saya pernah bermalam di Courtyard Marriott di New Mexico di mana saya berpeluang menyaksikan majlis perkahwinan yang diadakan di laman hotel tersebut.






















Pemandangan yang dilihat dari dalam bilik hotel.
















Kembara kami masih panjang, nantikan entri seterusnya yang akan disiarkan tidak lama lagi.


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

No comments:

Post a Comment