Friday, 31 March 2017

Pemanduan Dari San Francisco ke Las Vegas

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Selepas sarapan, kami memulakan perjalanan menuju ke Las Vegas pada jam 11:50 pagi dengan menggunakan lebuh raya I-280, I-5 S dan I-15 N. Jumlah pemanduan pada hari ini adalah singkat iaitu selama 9 jam dan kami hanya kami berhenti dua kali sahaja iaitu untuk mengisi minyak dan ke tandas awam.

Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco.




San Luis Reservoir.


Empangan San Luis terletak kira-kira 193 kilometer dari San Francisco.


Pemandangan indah empangan San Luis.


Kereta 'pelik' yang sentiasa boleh dilihat di Amerika Syarikat.






Berhenti untuk mengisi minyak di Bakersfield.








Jarak antara Bakersfield dan Las Vegas ialah 460 kilometer.
























Kramer Junction terletak di persimpangan US Route 395 dan State Route 58 di Mojave Desert. Persimpangan ini sentiasa sibuk dengan kenderaan berat yang keluar masuk dari beberapa stesen gas. Selain itu di sini terdapat tempat rehat, bank, restoran dan kafe. Pada lima tahun lalu, semasa saya dan suami di dalam perjalanan dari Farmington, New Mexico menuju ke San Francisco, California, kami pernah berhenti di sini sekitar jam 4:00 pagi dan membeli roti di Subway (di sebelah kanan gambar) untuk bersahur.














Kami tidak mengetahui punca kenderaan bergerak perlahan dari arah bertentangan.


Gambar terakhir yang dirakamkan sebelum hari semakin gelap di Death Valley pada jam 7:34 malam.


Peta kembara hari ke-21. Penanda merah diletakkan dari hotel Courtyard Marriott San Francisco Airport.


Jarak dikira dari hotel kami menginap.


Peta kembara hari ke-21. Jarak dikira dari hotel kami menginap sehingga ke Las Vegas, Nevada.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.





No comments:

Post a Comment