Mek's Delight ialah sebuah restoran yang menyajikan hidangan masakan dari Malaysia yang terletak di Surrey, British Columbia. Jarak antara Surrey dan Vancouver ialah sekitar 35 kilometer.
Saya dan suami memilih hidangan makan malam yang agak pedas berserta minuman panas bersesuaian dengan cuaca yang sejuk dan salji pula mulai turun pada lewat petang sehingga ke sebelah malam.
Ikan Tiga Rasa. |
Ayam Berempah. |
Dua jenis lauk yang dimakan bersama nasi goreng dan nasi ayam manakala minuman pula kami memilih teh tarik. |
Restoran Mek's Delight dibuka setiap hari kecuali Selasa.
Ahad hingga Khamis 11:30 pagi - 9:00 malam
Jumaat dan Sabtu 11:30 pagi - 9:30 malam
Mek's Delight
14910 104 Avenue,
Surrey, British Columbia+1 604-588-2338
No comments:
Post a Comment