Monday 13 March 2017

QANTAS International Business Lounge - Perth, Melbourne, Sydney

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Tidak semua penumpang berpeluang untuk masuk di mana-mana tempat rehat (lounge) syarikat penerbangan premium di lapangan terbang serata dunia kerana ia hanya dikhaskan kepada penumpang kelas pertama, perniagaan dan ahli penumpang kerap (frequent flyer) bertaraf tinggi seperti Platinum dan Gold. Tidak dinafikan lounge dari pelbagai syarikat penerbangan memang agak mewah serta selesa untuk merehatkan diri dan ia berbaloi dengan harga tambang yang telah dibayar.

Oleh kerana saya dan suami kerap menjadi tetamu di lounge, maka saya ingin berkongsi gambar-gambar yang pernah dirakamkan di dalam lounge khusus untuk para pembaca sekalian.

Qantas Airways mempunyai tiga buah lounge berbeza iaitu The Qantas Club, Business Lounge dan First Lounge. Untuk entri kali ini saya menyiarkan gambar-gambar Qantas International Business Lounge dari Lapangan Terbang Perth, Sydney dan Melbourne (Terminal Antarabangsa).

Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk di laman Qantas di bawah;
http://www.qantas.com/travel/airlines/qantas-club-lounge-access/global/en
dan
https://www.qantas.com/fflyer/dyn/flying/tier-benefits#lounge-access

PERTH
http://www.qantas.com/travel/airlines/lounge-locations/perth/international-t1/international-business-lounge/global/en?loungeCategory=qcLounge
MELBOURNE
http://www.qantas.com/travel/airlines/lounge-locations/melbourne/international-t2/international-business-lounge/global/en?loungeCategory=qcLounge
SYDNEY
http://www.qantas.com/travel/airlines/lounge-locations/sydney/international-t1/international-business-lounge/global/en?loungeCategory=qcLounge
Qantas International Business Lounge menyediakan banyak bilik air individu (termasuk tandas) berserta dengan tuala mandi. Ia mirip seperti bilik mandi di hotel.
Entri mengenai lounge disiarkan secara bersiri. Nantikan bahagian seterusnya tidak lama lagi.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

No comments:

Post a Comment