Friday, 24 March 2017

Pemanduan dari Portland ke San Francisco

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Artikel ini bersambung dari yang sebelumnya;
http://sharery.blogspot.com.au/2017/03/pemanduan-dari-seattle-ke-portland.html

Jarak antara Portland dan San Francisco ialah 1023.54 kilometer dan jika pemanduan yang dilakukan tanpa henti, ia mengambil masa sekitar 10 jam (bergantung kepada keadaan trafik semasa).

Saya dan suami menyambung perjalanan dari Portland pada jam 10:30 pagi dengan menggunakan lebuh raya I-5 S. Seperti kebiasaannya, setiap hari kami akan bersarapan di hotel sebelum memulakan perjalanan. Akan tetapi sekiranya kami bertolak sebelum waktu sarapan bermula (seperti pada hari ini di mana pemanduan dari Seattle bermula pada jam 5:45 pagi), maka kami melangkau sarapan dan terus kepada makan malam. Minuman dan makanan ringan sentiasa ada di dalam kereta sebagai mengalas perut. Berhenti untuk makan tengah hari selalunya jarang ada di dalam agenda perjalanan.

Tidak semua penumpang suka mengambil gambar pemandangan semasa kembara berkereta apatah lagi jika masa yang diambil berjam-jam setiap hari. Mungkin ada yang suka menggunakan telefon bimbit untuk menonton video, berinteraksi dengan teman atau keluarga melalui laman media sosial, membaca ataupun tidur. Ia berbeza dengan saya kerana mengambil gambar sepanjang perjalanan merupakan minat dan juga dirasakan satu peluang yang mungkin tidak diperolehi oleh orang lain. Saya berpendapat, apa yang dilihat menarik dari kaca mata saya mesti terus dirakamkan gambarnya kerana mungkin ia tidak akan dapat dilihat buat kali kedua. Lebih penting sekali, dengan berkongsi gambar yang banyak di laman blog, saya ingin para pembaca seolah berada bersama saya semasa mengembara.

Negeri Oregon










Batang pokok yang diconteng ini boleh menghiburkan hati pengguna lebuh raya.




Hamparan bunga kanola yang menguning.






Singgah sebentar di sebuah bandar untuk mengisi minyak.


Di Amerika Syarikat, saya dapat melihat begitu banyak kereta 'pelik' seperti ini. Bagaimana beliau turun dan naik dari tempat duduk?

Saya memang gemar mengambil gambar kenderaan polis, bomba atau ambulan di atas jalan raya.






Sempadan antara Oregon dan California.


Negeri California













Semua kenderaan perlu melalui pondok di sempadan untuk menjalani pemeriksaan.










Gunung Shasta sudah kelihatan dari jauh.

Gunung Shasta masih diselaputi salji tebal pada musim bunga.


Pemandangan yang mendamaikan.


Gunung Shasta yang terletak di daerah Siskiyou, California mempunyai ketinggian 4,322 meter.
















Singgah di Redding untuk makan malam.




Selepas makan malam kami meneruskan baki perjalanan selama 3 jam 20 minit sebelum tiba di San Francisco.


Menyeberangi Teluk San Francisco dengan menggunakan Jambatan San Francisco - Oakland Bay (San Francisco - Oakland Bay Bridge).


Tiga buah tempat persinggahan yang mebuatkan kami tiba agak lewat ialah di Olympia (logo A), Portland (logo o), dan Redding (logo C).

Pemanduan kembara hari ke-19 yang bermula dari Seattle pada jam 5:45 pagi dan berakhir di Courtyard Marriott San Francisco pada jam 11:15 malam. Jumlah pemanduan 1314.83 kilometer selama 17 jam 30 minit (masa dikira termasuk berhenti di Olympia, Portland dan Redding) masih belum boleh menandingi rekod pemanduan semasa kembara kami pada bulan puasa lima tahun lalu dari Seattle ke Reno, Nevada yang mengambil masa 23 jam. Hanya suami saya sahaja yang memandu sepanjang kembara kerana tugas saya ialah untuk merakamkan gambar dan video. Kembara kami masih belum tamat, teruskan setia bersama saya untuk artikel baharu.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen atau tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010

No comments:

Post a Comment