Monday, 20 March 2017

QANTAS Domestic Business Lounge, Perth

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Tidak semua penumpang berpeluang untuk masuk di mana-mana tempat rehat (lounge) syarikat penerbangan premium di lapangan terbang serata dunia kerana ia hanya dikhaskan kepada penumpang kelas pertama, perniagaan dan ahli penumpang kerap (frequent flyer) bertaraf tinggi seperti Platinum dan Gold. Tidak dinafikan lounge dari pelbagai syarikat penerbangan memang agak mewah serta selesa untuk merehatkan diri dan ia berbaloi dengan harga tambang yang telah dibayar.

Oleh kerana saya dan suami kerap menjadi tetamu di lounge, maka saya ingin berkongsi gambar-gambar yang pernah dirakamkan di dalam lounge khusus untuk para pembaca sekalian.

Qantas Airways mempunyai tiga buah lounge berbeza iaitu The Qantas Club, Business Lounge dan First Lounge. Untuk entri kali ini saya menyiarkan gambar-gambar Qantas International Business Lounge dari Lapangan Terbang Perth (terminal domestik).

Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk di laman Qantas di bawah;
http://www.qantas.com/travel/airlines/qantas-club-lounge-access/global/en
dan
https://www.qantas.com/fflyer/dyn/flying/tier-benefits#lounge-access


Perth
http://www.qantas.com/travel/airlines/lounge-locations/perth/domestic-t4/domestic-business-lounge/global/en














Sila rujuk alamat di bawah sekiranya ingin melihat gambar-gambar QANTAS International Business Lounge (Perth, Melbourne, Sydney);
http://sharery.blogspot.com/2017/03/qantas-international-business-lounge.html


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

No comments:

Post a Comment