Wednesday, 28 July 2021

Kemeriahan Musim Perayaan Hujung Tahun 2020

Gambar-gambar di sini tidak cukup untuk menjelaskan kepada anda kemeriahan dan kecantikan dekorasi yang berwarna warni sempena perayaan hujung tahun di Vancouver, British Columbia, Kanada. Oleh itu anda perlu menonton video yang saya muat naik menerusi saluran You Tube saya. Alamat seperti di bawah ini;
https://youtu.be/Mik9MZUNI4M



















Kepada yang ingin mengikuti perkembangan saya, anda boleh terus ke laman sosial saya yang lain dengan klik nama (username) di bawah ini.

Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

Tuesday, 20 July 2021

Hari Ulang Tahun Saya Yang Ke-39 (2020)

Adalah satu pengalaman baru apabila hari ulang tahun saya yang ke-39 disambut pada musim pandemik. Tiada apa yang lebih istimewa dan menggembirakan saya selain dapat menyambutnya bersama suami tercinta. Saya menempah kek ais krim dari Dairy Queen (DQ) hanya beberapa hari sahaja sebelum 26 November. Selepas acara memotong kek, kami keluar makan malam di sebuah restoran makanan laut di Vancouver. Cuaca pada malam itu sedikit gerimis dengan suhu yang rendah kerana bulan November ialah musim luruh. 

Saya tidak menyangka yang hari ulang tahun saya tahun lalu merupakan tahun terakhir saya menerima ucapan dari ibu saya. Sewaktu membuat panggilan video, saya tunjukkan kepada ibu rantai leher yang saya beli sempena hari istimewa saya. Masih terngiang-ngiang lagi di telinga yang ibu katakan loketnya cantik. Diharap sesiapa yang membaca artikel ini dapat sedekahkan surah Al-Fatihah kepada ibu saya. Terima kasih.
















Semoga Allah berikan kepada saya kesihatan yang baik serta umur yang panjang agar dapat saya menyambut hari ulang tahun yang ke-40 empat bulan dari sekarang. InsyaAllah, Amin.

Kepada yang ingin mengikuti perkembangan saya, anda boleh terus ke laman sosial saya yang lain dengan klik nama (username) di bawah ini.
Instagram : 
blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

Tuesday, 13 July 2021

100 Tahun QANTAS Pada Tahun 2020

Walaupun sudah terlewat hampir setahun, tetapi di sini saya tetap ingin ucapkan tahniah kerana syarikat penerbangan kegemaran saya telah menyambut ulang tahun yang ke-100 pada 16 November 2020. QANTAS merupakan syarikat penerbangan komersial ketiga tertua di dunia selepas KLM dan Avianca. Pencapaian serta reputasi QANTAS sepanjang 100 tahun ini bukan sahaja dipandang tinggi oleh negara luar malah ia membanggakan Australia serta penumpang kerap termasuk saya. Saya juga berbangga kerana suami saya pernah berkhidmat dengan syarikat penerbangan paling selamat di dunia ini.

Sebagai penumpang kerap (frequent flyer) QANTAS sejak dari 2009, tidak mungkin dapat saya tunjukkan dengan anda kesemua gambar-gambar sewaktu saya menaiki penerbangan. Di sini saya hanya muat naik gambar yang dirakamkan di dalam setiap pesawat QANTAS yang berbeza iaitu Dash-8, B737, B767, A330, B747 dan A380.







Selamat maju jaya, QANTAS! Semoga kekal sebagai syarikat penerbangan paling selamat di dunia buat selama-lamanya.

Kepada yang ingin mengikuti perkembangan saya, anda boleh terus ke laman sosial saya yang lain dengan klik nama (username) di bawah ini.
Instagram : 
blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

Tuesday, 6 July 2021

Di Sebalik Lensa Kamera Kembara Kanada 2020

Bermula dari artikel bertarikh 7 Oktober 2020 http://sharery.blogspot.com/2020/10/pemanduan-dari-vancouver-ke-calgary.html sehingga artikel bertarikh 29 Jun 2021,http://sharery.blogspot.com/2021/06/lapangan-terbang-antarabangsa-yang.html, ia mengisahkan tentang kembara yang saya lakukan pada musim panas tahun lalu. Hampir sebulan saya mengikut suami yang bertugas di luar Vancouver dan kembara yang kami lakukan adalah sewaktu suami sedang bercuti. UNtuk maklumat anda, kami tidak melanggar mana-mana sekatan atau arahan pergerakan sewaktu kembara tersebut.

Sebenarnya, yang ingin saya ceritakan di sini ialah kenangan pahit sewaktu kembara. Walaupun anda dapat lihat banyak gambar dan video yang saya kongsikan di laman blog dan juga saluran You Tube, tetapi hakikatnya banyak lagi yang tidak dapat saya rakamkan kerana keadaan fizikal saya pula yang tidak mengizinkan. Hampir sebulan saya mengalami kaki bengkak dan itu yang membuatkan adakalanya saya tidak ada mood untuk mengambil gambar serta video.

Di sini saya kongsikan gambar-gambar kaki saya yang dilihat seperti kaki gajah. Duduk berjam-jam di dalam kereta berserta dengan aktiviti yang dilakukan setiap hari dan tekanan apabila memakai kasut memang tidak dapat membantu untuk segera sembuh. Hanya beberapa hari sebelum berakhirnya kembara, baru saya mengangkat kaki sewaktu duduk di dalam kereta. Ingin saya sarankan di sini supaya anda tidak meniru cara saya mengangkat dan merehatkan kaki di depan cermin kereta kerana ia membahayakan. Saya terpaksa lakukan kerana ingin menyenangkan peredaran darah.

Keadaan kaki saya pulih seperti sedia kala selepas beberapa minggu saya pulang ke Vancouver dan selepas bertemu dengan doktor dan melakukan beberapa cara serta teknik yang diajar oleh beliau.





Kepada yang ingin mengikuti perkembangan saya, anda boleh terus ke laman sosial saya yang lain dengan klik nama (username) di bawah ini.
Instagram : 
blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN