Tuesday, 6 July 2021

Di Sebalik Lensa Kamera Kembara Kanada 2020

Bermula dari artikel bertarikh 7 Oktober 2020 http://sharery.blogspot.com/2020/10/pemanduan-dari-vancouver-ke-calgary.html sehingga artikel bertarikh 29 Jun 2021,http://sharery.blogspot.com/2021/06/lapangan-terbang-antarabangsa-yang.html, ia mengisahkan tentang kembara yang saya lakukan pada musim panas tahun lalu. Hampir sebulan saya mengikut suami yang bertugas di luar Vancouver dan kembara yang kami lakukan adalah sewaktu suami sedang bercuti. UNtuk maklumat anda, kami tidak melanggar mana-mana sekatan atau arahan pergerakan sewaktu kembara tersebut.

Sebenarnya, yang ingin saya ceritakan di sini ialah kenangan pahit sewaktu kembara. Walaupun anda dapat lihat banyak gambar dan video yang saya kongsikan di laman blog dan juga saluran You Tube, tetapi hakikatnya banyak lagi yang tidak dapat saya rakamkan kerana keadaan fizikal saya pula yang tidak mengizinkan. Hampir sebulan saya mengalami kaki bengkak dan itu yang membuatkan adakalanya saya tidak ada mood untuk mengambil gambar serta video.

Di sini saya kongsikan gambar-gambar kaki saya yang dilihat seperti kaki gajah. Duduk berjam-jam di dalam kereta berserta dengan aktiviti yang dilakukan setiap hari dan tekanan apabila memakai kasut memang tidak dapat membantu untuk segera sembuh. Hanya beberapa hari sebelum berakhirnya kembara, baru saya mengangkat kaki sewaktu duduk di dalam kereta. Ingin saya sarankan di sini supaya anda tidak meniru cara saya mengangkat dan merehatkan kaki di depan cermin kereta kerana ia membahayakan. Saya terpaksa lakukan kerana ingin menyenangkan peredaran darah.

Keadaan kaki saya pulih seperti sedia kala selepas beberapa minggu saya pulang ke Vancouver dan selepas bertemu dengan doktor dan melakukan beberapa cara serta teknik yang diajar oleh beliau.





Kepada yang ingin mengikuti perkembangan saya, anda boleh terus ke laman sosial saya yang lain dengan klik nama (username) di bawah ini.
Instagram : 
blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

2 comments:

  1. Oh my !!!!

    As for me, I noticed, kalau my long flight , if I am sitting at window seat, bila sampai destinasi memang kaki membengkak !

    So lepas tuh, I had to opt for Aisle Seat (walaupun memang suka Window Seat !)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seksa sangat ye bila kaki bengkak waktu long flight. Hehe

      Delete