Pada awal musim panas yang lalu, saya dan suami mengembara dengan memandu dari Vancouver ke Calgary, Alberta dengan jarak antara kedua buah bandar ialah 971 kilometer tetapi jika dikira jarak dari rumah saya ia adalah 980 kilometer. Kami memulakan pemanduan pada jam 4:45 pagi dan tiba di Calgary lebih kurang jam 8:15 malam. Jika pemanduan dilakukan tanpa henti ia mengambil masa selama hampir 11 jam. Bagi saya dan suami, kami berhenti di beberapa tempat untuk mengambil gambar termasuklah di Revelstoke http://sharery.blogspot.com/2020/10/revelstoke-british-columbia.html. Maka jumlah pemanduan kami ialah hampir 15 jam.
Pemanduan kami berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Walaupun terdapat banyak haiwan liar di pergunungan dan hutan tebal, tetapi saya hanya dapat melihat kambing gurun di tepi jalan raya. Cuaca pada hari tersebut berubah-ubah bermula dari sebelah pagi dengan kabus tebal di pergunungan, kemudian berawan di beberapa tempat, cuaca panas semasa memasuki sempadan Alberta dan hujan apabila tiba di Calgary. Di dalam video yang saya muat naik di saluran You Tube Shery NN https://youtu.be/YbWF9lXI0lM, anda dapat melihat dengan lebih dekat pemandangan indah di sepanjang perjalanan kami ke Calgary.
Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN
Wah teringat pemanduan disini semasa meronda USCanada2018
ReplyDeletehttps://rempitansuperbike.blogspot.com/search/label/Kembara%20UsCanada2018?m=0
Assalamualaikum.
DeleteMaaf lambat reply. Terima kasih berkongsi link. Nanti saya baca artikel anda ye :)