Untuk artikel kali ini, saya berkongsi gambar-gambar yang dirakamkan semasa berada di Calgary pada bulan Jun yang lalu. Saya lebih gemar fokuskan kepada seni bina bangunan yang terdapat di dalam pusat bandar sama ada ia bangunan baru atau lama. Oleh kerana kes COVID-19 di Calgary atau Alberta keseluruhannya agak tinggi, maka saya memakai pelitup muka. Gambar terakhir pula dirakamkan di sebuah restoran makanan segera di mana saya berjumpa buat kali pertama dengan rakan Instagram yang kami kenali dan sentiasa berhubung sejak dari tiga tahun lalu. Encik Ghazali yang menetap di Calgary datang bersama dua anak perempuannya. Tidak lama lagi saya akan kembali menyiarkan artikel mengenai Calgary yang saya lawati pada bulan Julai pula.
Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN
No comments:
Post a Comment