Wednesday 21 October 2020

Bangunan Perundangan Alberta Di Edmonton

Bangunan Perundangan Alberta / Alberta Legislature Building terletak di ibu negeri (province) Alberta iaitu Edmonton. Ia adalah lokasi pertama yang saya kunjungi semasa berada di Edmonton pada bulan Jun yang lalu. Saya dan suami datang pada sebelah petang setelah beliau pulang dari kerja. Cuaca pada hari tersebut ialah mendung dan suasana persekitaran juga agak tenteram serta tidak terlalu ramai pengunjung kecuali ada beberapa kelompok pelajar yang meraikan hari graduasi mereka. Pemandangan pada musim panas jelas sekali berbeza dengan gambar yang saya lihat semasa suami datang ke sini pada musim sejuk dan bersalji beberapa tahun lalu.

Bangunan Perundangan Alberta yang tersergam indah ini dibina antara tahun 1907 dan 1913. Melalui pengetahuan saya, bangunan ini dibuka untuk lawatan umum. Di sebabkan saya datang pada lewat petang dan ditambah pula pada musim pandemik COVID-19, jadi saya mengandaikan lawatan ditutup buat sementara waktu. Saya tidak dapat mengambil gambar secara lebih dekat kerana bahagian hadapan pintu masuk utama dihalang dengan pagar kerana ada proses membaik pulih atau menaik taraf yang sedang dilakukan. Sebenarnya mengambil gambar dari jauh lebih cantik kerana dapat melihat keseluruhan latar belakang. Video yang dirakamkan di sini boleh anda tontoni melalui saluran
You Tube Shery NN ; https://youtu.be/hO_XPdJT85w














Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN


No comments:

Post a Comment