Adalah satu pengalaman baru apabila hari ulang tahun saya yang ke-39 disambut pada musim pandemik. Tiada apa yang lebih istimewa dan menggembirakan saya selain dapat menyambutnya bersama suami tercinta. Saya menempah kek ais krim dari Dairy Queen (DQ) hanya beberapa hari sahaja sebelum 26 November. Selepas acara memotong kek, kami keluar makan malam di sebuah restoran makanan laut di Vancouver. Cuaca pada malam itu sedikit gerimis dengan suhu yang rendah kerana bulan November ialah musim luruh.
Saya tidak menyangka yang hari ulang tahun saya tahun lalu merupakan tahun terakhir saya menerima ucapan dari ibu saya. Sewaktu membuat panggilan video, saya tunjukkan kepada ibu rantai leher yang saya beli sempena hari istimewa saya. Masih terngiang-ngiang lagi di telinga yang ibu katakan loketnya cantik. Diharap sesiapa yang membaca artikel ini dapat sedekahkan surah Al-Fatihah kepada ibu saya. Terima kasih.
Semoga Allah berikan kepada saya kesihatan yang baik serta umur yang panjang agar dapat saya menyambut hari ulang tahun yang ke-40 empat bulan dari sekarang. InsyaAllah, Amin.
Kepada yang ingin mengikuti perkembangan saya, anda boleh terus ke laman sosial saya yang lain dengan klik nama (username) di bawah ini.
Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN
No comments:
Post a Comment