Tuesday, 23 January 2018

Salt Lake City - Ibu Negeri Utah, Amerika Syarikat

Semasa saya dan suami memandu di dalam perjalanan pulang dari Las Vegas, Nevada ke Vancouver, Kanada pada kembara musim panas tahun lalu, kami singgah bermalam di Salt Lake City.

Bandar Salt Lake City merupakan ibu negeri Utah yang juga dikenali dengan nama samaran 'The Beehive State'. Gambar-gambar yang dikongsikan di sini saya rakamkan di Temple Square dan City Creek Center.

Temple Square ialah sebuah komplek dan pusat keagamaan berukuran 10 ekar. Oleh kerana kawasan persekitaran di sini sangat besar, maka ia menjadi lokasi popular bagi mereka yang ingin mengabadikan gambar perkahwinan.

Sebelum ini saya pernah datang dan bersiar-siar di dalam kawasan Temple Square pada waktu pagi.
http://sharery.blogspot.sg/2012/06/salt-lake-city-utah-bahagian-2.html?m=1
Kunjungan pada kali ini berbeza kerana gambar-gambar yang dirakamkan pada waktu petang lebih menarik di mana saya banyak 'bermain' dengan cahaya matahari.

City Creek Center ialah pusat membeli belah yang terletak di pusat bandar bersebelahan dengan Temple Square. Manakala Temple pula berselahan dengan tempat penginapan kami.
http://sharery.blogspot.sg/2018/01/the-kimball-condominiums-salt-lake-city.html?m=1

Ikuti juga video yang saya rakamkan di Temple Square dan City Creek Center yang dimuat naik di bawah ini.
Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/p9P_WD0QxQ4

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

Monday, 22 January 2018

The Kimball Condominiums - Salt Lake City Utah

Kebiasaannya hotel yang kami menginap di sepanjang kembara atau percutian ialah hotel Marriott dan Hilton kerana suami merupakan ahli keahlian untuk dua buah hotel ini. Namun, sekiranya terdapat beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, kami akan beralih ke hotel lain.

Semasa berada di Salt Lake City, kami memilih untuk bermalam di The Kimball Condominiums. Lokasi tempat penginapan begitu strategik kerana ia terletak di tengah bandar dan hanya beberapa minit masa berjalan kaki ke pusat membeli belah City Creek Center.

Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik, kami tergamam seketika kerana terkejut 'tiada katil'. Hanya selepas itu baharu kami sedar bilik ini menyediakan katil jimat ruang. Sila tonton video yang telah dimuat naik kerana saya telah membuat rakaman semasa suami menarik turun katil tersebut.
Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN;
 https://youtu.be/38bqHbWBwoo

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

Wednesday, 17 January 2018

Bangunan Pentadbiran Negeri Utah

Sudah menjadi kewajipan bagi saya dan suami melawat ke setiap bangunan pentadbiran negeri (State Capitol) di Amerika Syarikat. Walaupun setiap bangunan kaya dengan seni bina lama dan sejarah yang tersendiri, namun Utah tetap menjadi kegemaran kami. Salah satu faktor lain yang menyebabkan kami suka untuk datang ke sini ialah lokasi yang strategik kerana ia terletak di tengah-tengah pusat bandar dan mudah untuk mendapatkan tempat meletak kenderaan percuma. Tidak seperti bandar-bandar lain yang menyediakan tempat meletak kenderaan berbayar berhampiran dengan bangunan pentadbiran.

Utah mempunyai nama samaran iaitu "Beehive State". Sarang lebah melambangkan penduduk Utah bekerjasama, menyokong dan membantu antara satu sama lain bagi mewujudkan industri yang berjaya. Simbol sarang lebah ini dapat dilihat di bendera negeri, lambang rasmi pentadbiran, tugu peringatan, bangunan-bangunan serta pejabat dan simbol di setiap papan tanda di lebuh raya. Di tangga utama menuju ke pintu masuk Utah State Capitol turut terdapat dua buah arca tembaga berbentuk sarang lebah.

Lawatan ke Utah State Capitol pada empat bulan lalu bukan kunjungan pertama atau kedua kali bagi kami malah saya pernah menyiarkan artikel mengenainya sebelum ini, namun saya tetap ingin kongsikan gambar-gambar baharu bersama pembaca. Saya telah rakamkan video di sekitar kawasan Utah State Capitol dan bandar Salt Lake City dengan rakaman 360 darjah serta pemandangan pada waktu malam.
Video ini juga boleh ditonton di melalui saluran You Tube saya; https://youtu.be/M4VCKwmnHHw

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

Sunday, 14 January 2018

Pemanduan Dari Las Vegas Ke Salt Lake City, Utah

Artikel ini adalah sambungan dari bahagian pertama;
http://sharery.blogspot.ca/2017/12/kembara-amerika-syarikat-september-2017.html

Semasa pemanduan tiga hari dari Vancouver, Kanada ke Las Vegas, Nevada, kami tidak berhenti tidur di mana-mana hotel. Berbeza dengan pemanduan pulang, dari Las Vegas kami bermalam di Salt Lake City, Utah dan hari berikutnya di Pasco, Washington.

Pemanduan dari Las Vegas ke Salt Lake City mengambil masa hampir 6 jam jika dilakukan tanpa henti. Manakala pemanduan kami pula lewat dari waktu sebenar kerana kami berhenti di beberapa tempat berbeza.

Video yang saya kongsikan adalah lebih menarik berbanding gambar-gambar kerana anda dapat melihat perjalanan kami merentasi tiga buah negeri dalam keadaan cuaca yang baik dan melalui gunung ganang di negeri Arizona yang mencecah hampir 7000 kaki. Ia adalah laluan yang sama kami lalui semasa perjalanan untuk datang ke Las Vegas. Pada waktu itu saya tidak dapat rakamkan video kerana telah melewati jam 2 pagi dan hujan turun dengan lebat. Kami juga pernah melalui laluan yang sama semasa kembara sebelum ini iaitu dari Farmington, New Mexico ke Las Vegas, Nevada.
Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube saya
 https://youtu.be/kA2ulLimhTg

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN