Thursday, 4 January 2018

Pertunjukan Bunga Api - Kenangan Manis Tahun Baru

Saya bukan seorang yang suka menghitung waktu menjelang tahun baru (countdown) dan berpusu-pusu menyaksikan pertunjukan bunga api di tempat awam. Hanya dua kali sahaja pengalaman saya menyambut tahun baru di luar rumah iaitu 2015 di Melbourne dan 2017 di Seattle.

Berbeza pada tahun 2011 dan 2012, ia merupakan pengalaman paling indah yang pernah saya alami. Sedang orang ramai dan pelancong berkumpul di bandar Melbourne sejak dari siang hari untuk sambutan tahun baru, saya pula dengan hanya memakai baju tidur melihat pertunjukan bunga api di balkoni rumah di Melbourne. Anda boleh melihat orang ramai yang seperti 'semut' melalui gambar-gambar yang saya kongsikan di sini. 

Kesemua gambar dirakamkan dengan menggunakan kamera dslr Canon EOS 500D.
2011
2012

Instagram : blog_th2010 
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment