Thursday 11 October 2018

Musim Bunga Di Portland, Oregon (Bahagian 1)

Hari ketiga merupakan hari terakhir meneruskan pemanduan pulang ke Kanada tetapi sebelum itu saya mengambil kesempatan meluangkan masa separuh hari berada di pusat bandar Portland, Oregon.
Walaupun pernah beberapa kali datang ke Portland tetapi ini merupakan pertama kali dapat melihat suasana Portland pada hujung minggu.

Jarak antara hotel dan pusat bandar Portland ialah 14 kilometer tetapi masa pemanduan berbeza bergantung kepada kesesakan lalu lintas. Semasa di dalam perjalanan, saya sempat rakamkan gambar pejabat Federal Bureau of Investigation (FBI) yang terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Portland. Anda boleh lihat gambar empat dan lima pertama dari atas yang saya muat naik.

Musim bunga baru sahaja bermula serta cuaca agak dingin dan tidak terlalu sejuk. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah Oregon Maritime Museum, Portland Saturday Market dan Japanese American Historical Plaza di mana saya banyak mengambil gambar-gambar bunga yang berwarna merah jambu. Di sini masih banyak bangunan-bangunan lama dengan keindahan seni bina yang masih terpelihara yang menempatkan premis perniagaan dan pejabat.
Banyak lagi gambar-gambar lain yang dimuat naik di dalam artikel bahagian dua yang akan disiarkan tidak lama lagi.

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment