Saturday 6 October 2018

Menonton Persembahan Komedi Harith Iskander di Hollywood

Satu peluang yang tidak dapat dilepaskan semasa berada di Los Angeles ialah menyaksikan persembahan komedi dari Harith Iskender di Laugh Factory, West Hollywood pada 28 Mac yang lalu. Saya tidak pernah lagi berjumpa dengan Harith sebelum ini, yang saya ingat ialah semasa kecil saya menonton lakonan beliau melalui drama Jangan Ketawa.

Pada malam itu saya, suami dan sahabat lain begitu terhibur dengan persembahan komedi dari Harith yang merangkul gelaran Funniest Person In The World pada tahun 2016. Selepas persembahan kami dapat berjumpa dan mengambil gambar bersama Harith dan isterinya, Dr Jezamine Lim serta beberapa lagi rakyat Malaysia yang bermastautin di Los Angeles. Apabila pelakon, penyanyi atau selebriti sentiasa mengekalkan sifat rendah diri terhadap peminat atau orang sekeliling, saya percaya mereka akan lebih dihormati oleh para peminat justeru pujian harus diberi kepada Harith dan isterinya.

Oleh kerana saya tidak tinggal di Malaysia, maka peluang untuk menonton lagi persembahan Harith Iskander pada masa akan datang adalah mustahil tetapi jika beliau kembali membuat persembahan di Amerika Syarikat atau Kanada, kemungkinan besar saya dan suami serta sahabat lain akan datang memberi sokongan.
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN


No comments:

Post a Comment