Thursday 4 October 2018

Melawat Ke Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia Di Los Angeles

Dari tahun 2009 sehingga tahun 2018, saya pernah melawat ke Suruhanjaya Tinggi Australia di Malaysia (Kuala Lumpur), Konsulat Jeneral Amerika Syarikat di Melbourne, Australia, Suruhanjaya Tinggi Australia di Singapura, Konsulat Jeneral Australia di Chicago, Illinois, Konsulat Australia di Vancouver, Kanada, dan Konsulat Jeneral Republik Singapura di San Francisco, California. Kesemua lawatan tersebut berhubung kait dengan proses visa dan urusan pindah saya ke Australia, Amerika Syarikat dan Kanada serta mengundi luar negara untuk pilihanraya Australia.

Pada 28 Mac 2018 saya dan suami berkesempatan melawat ke Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia Di Los Angeles. Lawatan kali ini berbeza dari yang sebelumnya kerana tiada sebarang urusan rasmi sebaliknya kami melawat Konsul Jeneral iaitu Tuan Devrin Jeck. Kami juga turut diberi peluang untuk menandatangani buku pelawat. Terima kasih Tuan Devrin serta kakitangan di Pejabat Konsul Jeneral di atas layanan yang diberikan kepada kami. Jasa baik kalian semua amat kami hargai.

Sekiranya anda berada di Los Angeles dan mempunyai pertanyaan atau memerlukan sebarang bantuan kecemasan, pejabat Konsulat Jeneral Malaysia beralamat di;
777, S.Figueroa St,
Suite 600,
Los Angeles, California 90017
USA.
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment